spot_img
spot_img

PRN Sabah: Jumlah kerusi ditandingi Bersatu diketahui minggu ini

spot_img

TAWAU, 1 Sept — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan memutuskan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 Sept, sebelum akhir minggu ini, kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita masih ada masa lagi, tarikh 12 Sept (penamaan calon) lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin dan jentera Bersatu Kalabakan di sini.

Pada 1 Ogos, Hajiji dilaporkan  berkata Bersatu Sabah mahu bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah. 

- Advertisement -

Pada sidang media itu, Hajiji berkata Bersatu berhasrat meletakkan calon di dua kerusi DUN dalam Parlimen Kalabakan.

Beliau berharap tidak berlaku pertembungan kerusi antara rakan sekutu bagi mewujudkan peluang lebih baik bagi gabungan Perikatan Nasional memenangi PRN Sabah.

“Saranan saya,  kita perlu sokong antara satu sama lain, Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan rakan sekutu kita mesti bersatu hati,” katanya.

- Advertisement -

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img