spot_img
spot_img

RTS bawa kebaikan pada kedua-dua negara

spot_img

JOHOR BAHRU (30 Julai): Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju untuk meneruskan Sistem Transit Cepat (RTS), dengan para pemimpin kedua-dua negara bertemu di titik tengah Tambak Johor sebagai tanda perjanjian.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, diiringi oleh beberapa menteri dari negara masing-masing, tiba di persimpangan darat paling sibuk di dunia sekitar jam 10 pagi.

Pada pertemuan bersejarah itu, kedua perdana menteri menyaksikan menteri pengangkutan mereka – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari Malaysia dan Ong Ye Kung dari Singapura – memegang dokumen rasmi untuk menandakan persetujuan mereka untuk meneruskan projek RTS.

- Advertisement -

Turut hadir ialah Menteri Kanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Singapura juga diwakili oleh Menteri Luar Negeri Dr Vivian Balakrishnan dan mantan menteri pengangkutan Khaw Boon Wan.

Muhyiddin dan Lee saling bercakap pada pertemuan itu selama 15 minit, yang dianggap bersejarah dan simbolik kerana ini adalah pertemuan pertama mereka di Tambak Johor, yang digunakan oleh 350,000 pelancong setiap hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac .

- Advertisement -

Ini juga merupakan pertemuan hadap muka pertama mereka sejak Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac, sementara Lee sendiri baru saja mengangkat sumpah untuk penggal baru sebagai perdana menteri pada 27 Julai, berikutan kemenangan partinya, People’s Action Parti (PAP), dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Selepas tiga penangguhan, Malaysia dan Singapura akhirnya bersetuju untuk meneruskan pembinaan RTS.

RTS, landasan kereta api sejauh empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura, akan membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Projek RTS telah melalui satu siri perbincangan di bawah tiga perdana menteri Malaysia dan dijangka menelan belanja kira-kira RM3.7 bilion, dengan spesifikasi telah dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura.

Projek dua fasa itu dijangka bermula pada tahun 2021 dan akan siap pada akhir tahun 2026.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img