spot_img
spot_img

Perlantikan PM 8 adalah sah

spot_img

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Perdana Menteri kelapan itu.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Dewan Rakyat pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka, selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

- Advertisement -

“Pada 29 Februari, beta menitahkan semua wakil parti yang mempunyai calon dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri dan melanjutkan masa untuk mereka membuat perhitungan secara demokrasi.

“Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.

“Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,” titah baginda.

- Advertisement -

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki ke persada kejayaan. – Berita Harian

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img