spot_img
spot_img

Dapatkan kembali Prince Court

spot_img
Sejarah Pusat Perubatan Prince Court.
Projek ini dimulakan oleh PETRONAS masa PM ke-4 di mana kontrak pembinaan berharga RM357 juta diberi kepada syarikat Peremba Construction Sdn Bhd pada September 2002.
Tetapi syarikat Peremba gagal untuk menyiapkan projek tersebut dan kontrak mereka dibatalkan pada bulan Oktober 2006.
Projek pembinaan ini disambungkan oleh syarikat Sunway Construction Sdn Bhd dengan harga RM391 juta.
Akhirnya, hospital ini memulakan operasi pada akhir tahun 2007 dengan kos keseluruhan RM544 juta.
Oleh kerana perlu menanggung modal pembinaan serta kos operasi permulaan yang tinggi, Hospital ini mengalami kerugian tahunan sehingga tahun 2017 di mana mereka berjaya mencatat sedikit keuntungan buat kali pertamanya.
Pada bulan Mac 2018 pula, Khazanah Nasional membeli hospital ini dari PETRONAS dengan harga RM1.08 bilion. Ini sebelum berlangsungnya PRU14.
Prestasi hospital ini terus memulih dan meningkat dan mereka berjaya mencatat keuntungan RM50 juta untuk tahun 2018.
Pada bulan November 2018 pula, Khazanah di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah menjual sebahagian dari kepentingan mereka dalam syarikat rangkaian hospital swasta IHH Berhad kepada syarikat Jepun dengan harga RM8.42 bilion.
Pantai Holdings Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh IHH Healthcare Berhad. Ia merupakan rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia.
Dengan penjualan ini, Khazanah Nasional bukan lagi pemegang saham terbesar IHH Berhad.
Tempat ini diambil alih oleh Syarikat Jepun yang membeli saham itu.
Bulan September 2018 pula, Khazanah menjual lagi keseluruhan kepentingan mereka dalam Pusat Perubatan Prince Court kepada syarikat IHH Berhad dengan harga RM1.02 bilion – iaitu RM60 juta di bawah harga pembelian mereka.
Khazanah tiba-tiba perlu mengalami kerugian RM60 juta ini walaupun hospital Prince Court telah berjaya dipulihkan dan mencatat keuntungan yang tinggi dan keuntungan mereka semakin meningkat.
Satu lagi hospital di Malaysia yang sebelum ini dikuasai penuh oleh PETONAS dan kemudiannya oleh Khazanah Nasional tiba-tiba menjadi milik penuh syarikat swasta di mana pemegang saham terbesarnya adalah syarikat dari Jepun.
Susah payah untuk dipulihkan.
Sebaik sahaja berjaya dipulihkan dan mula mencatat keuntungan besar yang semakin meningkat, tiba-tiba dijual pula dengan harga lebih murah kepada syarikat swasta.
Adalah perlu bagi kerajaan kini meneliti dan mengambil semula hospital swasta ini yang berjaya dan menguntungkan. Ia boleh menjadi sebagai pelopor untuk syarikat tempatan menceburi di dalam bidang perubatan atau medical tourism yang akan pesat berkembang kini akibat wabak penyakit dan virus.
Apabila syarikat-syarikat kerajaan atau syarikat tempatan menguasai perniagaan kesihatan yang penting, manfaatnya bukan hanya kepada cukai negara, tetapi pembangunan industri dan modal insan kepakaran tempatan dapat digiatkan dengan lebih berkesan. Terutamanya untuk pemilikan bumiputera Melayu kerana pusat perubatan di Malaysia semua dikuasai oleh syarikat asing atau syarikat bukan Melayu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img