spot_img
spot_img

Hentikan memesong fakta dalam krisis politik Bersatu

spot_img

 

1. Kemelut dalaman Bersatu tidak boleh dilihat dalam acuan taksub pemimpin. Ini bukan isu kita orang Tun atau kita orang Tan Sri. Kita kena jadi “orang parti” yang mahu menjaga parti lebih dari menjaga individu. Apabila kita amanah dan meletakkan parti lebih atas, maka kita akan menjadikan fakta sebagai asas keputusan. Bukan ketaksuban kepada individu, baik Tun Mahathir mahupun Tan Sri Muhyiddin atau Dato Seri Mukhriz. Tetapi pegangan kita ialah parti.

2. Keputusan mesyuarat MPT pada 23 Februari adalah untuk keluar daripada PH untuk membentuk gabungan baru. Tarikh pengumuman keputusan diserahkan kepada Pengerusi parti. Itu sahaja. Tetapi keputusan untuk keluar PH adalah muktamad.

- Advertisement -

3. Apabila Tun Mahathir meletak jawatan pada 24 Februari, Tan Sri Muhyiddin melaksanakan tanggungjawab sebagai Pemangku Pengerusi dan mengumumkan keputusan yang telah dicapai oleh MPT sehari sebelumnya. Jika pengumuman itu tidak dibuat, maka kerusi Perdana Menteri akan hilang dari Bersatu. Perletakan jawatan oleh Ayahanda Tun Mahathir memaksa pengumuman itu dibuat serta merta demi kepentingan parti.

4. Selepas keputusan majoriti MPT dibuat pada 23 Februari, tiada lagi pandangan individu jika individu itu mahu kekal dalam MPT. Itu prinsip asas dalam “collective responsibility”. Dari segi adab berorganisasi, apabila mesyuarat membuat keputusan maka semua ahlinya mesti menyokong keputusan kolektif apabila bercakap di luar mesyuarat. Mereka yang tidak bersetuju perlu meletak jawatan dan saya amat hormat dengan sikap Tun Mahathir yang meletak jawatan Pengerusi.

5. Keputusan keluar PH diumumkan sendiri oleh Dato Wira Marzuki Yahaya sebaik sahaja selepas mesyuarat MPT pada 24 Februari. Sila lihat minit 2:50 ke atas dalam video ini: https://youtu.be/v6kquo1C2z0

- Advertisement -

6. Tun Mahathir juga menyatakan dengan jelas bahawa MPT Bersatu telah putuskan keluar PH. Perenggan 10 teks ucapan Tun Mahathir pada 26 Februari menyebut bahawa “… parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan

Harapan.” Sila lihat minit 3:50 video ini: https://youtu.be/8HOSapCRY-w

7. Saya menganggap mana-mana ahli MPT yang menafikan bahawa mesyuarat MPT Bersatu telah memutuskan keluar PH sebagai cuba menipu ahli-ahli parti dan mengkhianati amanah sebagai ahli MPT. Kamu adalah penyebab parti kita berpecah. Berhentilah.

8. MPT Bersatu pernah berpecah lebih teruk semasa berdebat mengenai sistem “Satu Ahli Satu Undi” (SASU). Pada masa itu, MPT terbelah dua terus. Usul SASU telah menang hanya dengan kelebihan SATU undi sahaja. Tetapi kumpulan besar MPT yang kalah undi itu tidak merengek menipu ahli sehingga memecah belahkan parti. Sebaliknya semua sekali berkerjasama untuk memastikan SASU dapat dijalankan, walaupun asalnya mereka bantah. Itulah disiplin, amanah dan jiwa besar kumpulan yang kalah sebelum ini. Pandangan peribadi mereka ketepikan untuk melaksana keputusan majoriti. Inilah sifat amanah dalam berorganisasi.

9. Kepada mereka yang menjadi agen pemecah belah parti, cukuplah cukuplah memesongkan fakta. Kembali satukan parti dengan amanah dan disiplin, atas landasan yang betul berdasarkan matlamat penubuhan parti. Matlamat parti adalah lebih besar dari mana-mana individu yang boleh tersilap. Saya cadangkan mohon maaf secara terbuka kerana telah menjadi agen pecah belahkan parti.

Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img