1. Kakitangan di Blu Inc Media menerima memo dari CEO mereka Azliza Tajuddin yang mengumumkan bahawa syarikat itu menamatkan penerbitan cetak dan digitalnya hari ini.
Menurut laman webnya, Blu Inc bertanggungjawab untuk 19 penerbitan termasuk Cleo, Female, Her World, Harper’s Bazaar, Jelita dan Marie Claire.
Syarikat ini dahulu ada eksklusif penerbitan cetak inflight magazine untuk Malaysia Airlines.
2. Hotel Ramada di Melaka, yang telah beroperasi hampir 40 tahun, ditutup selama-lamanya kerana krisis Covid-19 yang berlanjutan.
Ini dinyatakan dalam surat bertarikh 28 April, yang ditandatangani oleh pengarah Ramada Hotel dan ditujukan kepada National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers.
3. G City Club Hotel Sdn Bhd, yang menguruskan hotel 180 bilik dengan nama dagang GTower Hotel, menghentikan operasi hotelnya, setelah satu dekad dalam perniagaan, kerana penurunan kadar penghunian.
G City Club Hotel mengatakan bahawa keputusan untuk menghentikan operasi adalah akibat langsung dari penghunian yang rendah yang dialami dalam beberapa tahun kebelakangan ini dari peningkatan persaingan dari hotel baru dan percambahan homestay di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC).
Kesimpulan,
Syarikat-syarikat ini pun tidak perlu dan tidak mahu tunggu subsidi kerajaan untuk pekerja. Mereka sanggup TAPAU BUNGKUS IKAT TEPI perniagaan mereka dan bayar apa-apa yang hutang pekerja.
Penasihat kerajaan fikir mereka orang pandai – bagi subsidi dan beri AMARAN peniaga jangan terminate pekerja.
Peniaga tidak perlu tunggu – mereka tutup perniagaan mereka terus dan biar kerajaan membela pekerja- pekerja sekarang.
P/S : Satu persatu tumbang seperti domino
#UsahawanPuncaKuasa