Negara kaya ini memperkenalkan 3 langkah untuk perlahan-lahan menarik semua lockdown akibat CoronaVirus di negara mereka. Pertama, pada 27 April ini, mereka akan melonggarkan beberapa peraturan pergerakan ketat sebelum ini. Pusat gunting rambut, saloon dan juga klinik pergigian akan dibuka semula.
Namun, untuk hadir mendapatkan khidmat service tersebut, temujanji mesti terlebih dahulu dilakukan. Tiada walk-in customer. Ini untuk beberapa soalan saringan akan dilakukan dan juga apabila tiba dipremis berkenaan.
Kumpul melebihi 5 orang masih tidak dibenarkan. Penjarakkan sosial masih diketatkan.
Kedua, kedai-kedai dan pasaraya mula dibuka. Pelajar sekolah rendah juga boleh kembali belajar di sekolah. Menurut kerajaan Swiss, kanak-kanak bukanlah ‘kilang’ yang baik untuk virus itu memusnahkan tubuh badan mereka yang masih kuat dengan daya tahan penyakit. Majoriti yang meninggal akibat wabak CoronaVirus adalah warga tua yang mempunyai sejarah penyakit-penyakit lain.
Aplikasi mengesan pergerakkan di telefon pintar juga diperkenalkan di seluruh negara. Ia dapat mengesan di mana tempat orang ramai bersesak-sesak dan orang ramai boleh elak untuk hadir ke tempat-tempat sedemikian.
Ketiga, pada 8 Jun nanti, kerajaan Swiss akan membuka semula Universiti dan Sekolah Menengah mereka. Termasuk perpustakaan, taman-taman rekreasi serta zoo haiwan. Manakala untuk restoran, bar dan kafe-kafe, belum ada kebenaran untuk mereka kembali beroperasi.
Switzerland adalah salah sebuah negara Eropah yang terkena jangkitan wabak CoronaVirus tertinggi berbanding kapita penduduknya. Langkah-langkah pemulihan di atas digelar sebagai langkah dinamik dan mungkin langkah-langkah tersebut akan berubah mengikut keadaan semasa.
Negara-negara Eropah lain juga mula melonggarkan lockdown di negara mereka. Denmark adalah negara pertama yang membuka kembali sekolah rendah mereka. Jarak pembelajaran meja adalah 2 meter, dan pusat pembelajaran dilakukan di gymnasium yang lebih luas. Jerman pula telah membuka kembali kedai-kedai runcit kecil, kedai buku dan kedai basikal mereka. Namun rakyat terus disarankan memakai topeng muka.
Bagi Perancis pula, Presidennya Emmanuel Macron telah melanjutkan lagi lockdown ketat di negara itu hingga 11 Mei. Masih ada kegusaran di Eropah akan gelombang ke dua penyebaran wabak CoronaVirus yang mungkin berlaku.