spot_img
spot_img

Kibar Jalur Gemilang bermula dengan diri kita sendiri

spot_img

Johor Bahru 29 Ogos : Semarak kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang ke 62 telah diadakan dengan meriah di Larkin, berhampiran Pejabat Bersatu Johor Bahru.

Acara yang tahunan itu telah masuk kali ke tiga diadakan sejak penubuhan Bersatu di Johor Bahru. Ketua Bahagian Johor Bahru, Zais Akil mahu menerapkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan, kenderaan dan rumah di kawasan itu.

“Ia mesti bermula dengan kita sendiri. Jika bukan kita yang bangga dan hormat kepada bendera negara kita, jangan harap ada orang lain yang akan meletakkannya di atas”, ujar beliau.

AJK Bahagian Bersatu Johor Bahru mengibar Jalur Gemilang
- Advertisement -

Lebih 100 bendera dipacak seluruh kawasan itu dan tiga bendera utama di pejabat Bersatu itu iaitu Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor serta Bendera Bersatu.

Lebih memeriahkan apabila orang ramai turut serta memberhentikan kenderaan di laluan utama untuk memasang bendera. “Ini spontan, rakyat Johor memang patriotik dan sayangkan negara”, ujar dengan teruja salah seorang Srikandi Bersatu.

Pemandu berhenti dan memasang bendera atas semangat Patriotik

Bersatu Johor Bahru juga mengucapkan penghargaan buat semua yang membantu menjayakan program tersebut. Terutamanya pasukan Armada (pemuda) Johor Bahru yang memasang bendera dan menyediakan kemudahan kepada semua peserta.

- Advertisement -

“Armada Johor Bahru akan menjadi contoh kepada pemuda Malaysia keseluruhannya. Bukan sahaja kibar bendera, kami akan turun ke bawah untuk memberi penerangan berkenaan Perlembagaan Negara. Ia akan menyusul”, ujar Ketua Biro Belia, Ismail Ibrahim.

Ismail Ibrahim Biro Belia Armada Johor Bahru

Majlis yang bermula jam 2 petang itu dirasmikan oleh Senator Ir. Md Nasir Bin Hashim yang merupakan Timbalan Badan Perhubungan Negeri Bersatu Johor. Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Nor Azman Md Diah, ketua-ketua bahagian, sayap armada dan srikandi Bersatu Johor Bahru dan orang awam. Majlis bersurai jam 6 petang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img