spot_img
spot_img

Airport Kulim : Pemangkin Kemajuan Negeri-negeri Utara

spot_img

Sebagai anak jati Kedah dan secara khususnya dibesarkan di Kulim, sebelum melanjutkan pelajaran di KL dan berniaga hingga ke selatan Johor, saya secara peribadinya memandang kepentingan lapangan terbang Kulim ini adalah satu gerakkan yang besar dalam menaik taraf sektor ekonomi koridor utara Malaysia. Kita akui, di utara Malaysia kita sudah ada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Tapi sudah tiba masanya bagi menggerakkan ekonomi koridor utara, kita perlukan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa. Persoalan nya, KENAPA KULIM?

Sebelum memberikan pendapat dengan lebih jauh, ini sedikit maklumat tentang kampung saya. Kulim merupakan sebuah daerah dan bandar pentadbiran di selatan negeri Kedah. Lokasinya terletak sangat berhampiran dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan bandar ketiga terbesar bagi negeri Kedah menggamit kehadiran pelancong ke bandar ini.

Bandar Kulim juga merupakan bandar sains dan teknologi Kedah sebagai saingan kepada Bandaraya Georgetown,Pulau Pinang. Walaupun hari bekerja di sini ialah pada hari Ahad sehingga Khamis, namun bisnes-bisnesnya hujung minggu adalah kebanyakan hari Ahad. Dataran Kulim merupakan lokasi penting bagi organisasi kerajaan dan bukan kerajaan mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial.

- Advertisement -

Untuk pengetahuan semua, jarak Antara Kulim High Tech ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) (menurut Google Maps) adalah 48.3KM. Melalui jarak ini, hujahan pertama saya adalah :

CAKUPAN KESELURUHAN UTARA MALAYSIA

Lokasi Lapangan Terbang Antrabangsa Kulim (KXP) menurut Datuk Seri Mukhriz didalam Utusan Malaysia pada 13 Februari 2019 adalah di kawasan Sidam Kiri. Rujukan daripada Google, jarak lokasi KXP daripada PIA adalah 71.4KM.

- Advertisement -

Maka, secara tidak sedar apabila KXP diwujudkan, cakupan kargo dan juga pelancong di koridor utara Malaysia akan lebih luas. Saya mengambil kira seandainya pelancong turun di PIA, dan ingin ke sempadan Thailand. Mustahil kawasan tenggara dan timur utara akan dijejaki oleh pelancong dan hanya kawasan sepanjang lebuhraya plus akan meningkat ekonomi.

Dengan KXP, pelancongan jarak perjalanan akan dijimatkan sebanyak 37KM, kawasan sekitar utara yang lain seperti Bandar Bahru, Changkat Jering, Beruas, Kuala Ketil dan juga Pendang akan turut menerima tempias kenaikkan ekonomi hasil daripada kedatangan pelancong di KXP dan juga penerbangan kargo ke KXP.

Focus utama KXP menurut Datuk Seri Mukhriz adalah aktiviti logistik dan kargo. Menurut data dari bank Negara,target bagi PIA adalah menerima 730,000 tan kargo setiap tahun sehingga 2031. Tetapi ia merosot 9% semenjak 2006. Ini daripada masalah kepadatan dan efisiensi PIA itu sendiri. Dan saya melihat dakwaan Ketua Menteri Pualau Pinang juga ada munasabahnya apabila beliau melihat dengan menaik taraf PIA dan sistem pengangkutan darat di laluan semenanjung dilihat lebih menjimatkan kos. Tapi bagi pandangan saya, KXP adalah sebuah mutiara yang akan memberi impak besar selain meringankan beban Pulau Pinang dalam aspek kesesakkan dan kepadatan bangunan. Kehadiran KXP akan membolehkan Koridor Utara menerima 730 000 tan kargo setahun tanpa sebarang masalah. Oleh tu, PIA seharusnya berterima kasih dengan kehadiran KXP kerana selain membantu dalam pengurusan capaian target kargo oleh Bank Negara, pengurangan kesesakkan trafik di Pulau Pinang juga dapat dikurangkan.

KERJASAMA ANTARA NEGERI UTARA LEBIH ERAT

Dengan kehadiran KXP, pelbagai kerjasama Antara negeri dapat dibuat dan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi serantau. Apablia KXP diwujudkan, sebuah lebuhraya baru menghubungkan Bandar Bahru dan Sungai Petani akan diwujudkan dan sekiranya mendapatkan keizinan negeri perak, Changkat Jering akan menjadi pintu masuk bagi lebuhraya itu. Nama-nama Bandar yang saya sebut ini, saya yakin rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang tahu apa yang ada disana. Lepas ini, percayalah, apabila setiap kereta yang lalu di kawasan bandar bandar kecil ini, mereka ialah pengguna atau pelancong yang akan menggunakan KXP. Mungkin 5 tahun selepas KXP diwujudkan, Changkat Jering akan menjadi Bandar yang pesat ? Ini adalah potensi.

Bagi Pulau Pinang, Seberang Perai akan menjadi lebih tumpuan hasil dari KXP. Serampang dua mata bagi Pulau Pinang apabila di pulau, pelancong sudah mulai sesak, di seberang perai pelancong sudah mulai ramai. Pembahagian pelancong akan lebih strategik dan seandainya kargo dan pelancong memberi sambutan yang tinggi di KXP berbanding PIA, maka jelaslah ia adalah satu laluan yang lebih mudah dan effisien. Tidaklah sentiasa kemurungan menghadapi kesesakan di atas jambatan meskipun jambatan sudah ada dua. Masalah domestik seperti terlepas pesawat kerana lewat dari tanah besar dapat di atasi . Masalah kesesakan highway PLUS ke utara juga dapat dikurangkan kerana airport tambahan di utara ini.

KESIMPULAN

Impak sebuah Lapangan Terbang Antarbangsa di sesebuah kawasan adalah amat besar. Bagi kulim, ia adalah sebuah peluang yang amat berfaedah dan sekiranya perancangan Menteri Besar Kedah berjalan lancar, Sektor Aero Angkasa dan Taman Perindustrian bagi Industri Pesawat akan lebih pesat di wilayah koridor utara kerana di Kulim mempunyai tanah yang luas dan telah mempunyai track rekod untuk industri. 16 Juta penumpang dalam satu masa perlu ditampung oleh PIA, jumlah itu andai dikongsi dua, sudah cukup menjimatkan kos 1.2billion bagi projek membesarkan PIA. Disamping Kedah dan Perak mendapat manfaat, Pulau Pinang turut mendapat nikmat, Barulah namanya projek bermanfaat.

–Razrul Anwar Rusli

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img