spot_img
spot_img

Presiden Alibaba kini antara yang terlibat penyelewengan 1MDB

spot_img

HONG KONG (9 Ogos): Presiden Alibaba Group Holding Ltd Michael Evans adalah antara 17 pengarah semasa dan bekas pengarah Goldman Sach yang menghadapi tuduhan jenayah atas peranan mereka dalam $ 6.5 bilion jualan bon oleh 1MDB.

Evans, pengarah antarabangsa yang sedang memimpin e-dagang China, adalah antara sekumpulan individu yang pernah berkhidmat sebagai pengarah di tiga unit Goldman Malaysia yang dituduh mengelirukan pelabur apabila mengatur tawaran untuk 1MDB. Kini pengarah Alibaba itu adalah ketua kepada syarikat internet China itu yang membantu pengembangan global Alibaba.

Evans, yang menyertai Alibaba pada tahun 2015 sebagai salah seorang pekerja baru yang berprofil tinggi, mempunyai mandat untuk membantu merealisasikan cita-cita pengasas bersama Jack Ma untuk mendapatkan separuh daripada pendapatannya dari luar China. Evans yang membantu menyusun syarikat gergasi China itu ke Asia Tenggara menerusi pengambilalihan saham di Lazada, menubuhkan rantaian syarikat subsidiri yang terbesar di luar dari China. Syarikat ini berkembang ke Malaysia dan merupakan rakan kongsi utama dalam inisiatif dagangan E-WTP atau elektronik dunia. Evans juga menyelia pengembangan perjanjian Alibaba.com kepada negara A.S. oleh Jack Ma kepada Presiden Donald Trump untuk mencipta satu juta peluang pekerjaan kepda rakyat A.S.

- Advertisement -

Dakwaan terhadap Evans adalah sama seperti mereka yang terlibat sebelum ini, kini menghadapi hukuman penjara dan denda jenayah dalam kes global itu. 1MDB sepatutnya mendorong pembangunan ekonomi negara, tetapi telah menyimpang dari tujuan asal, dan kini kesedaran awal untuk jenayah kewangan dan pengawal seliaan kewangan di seluruh dunia telah diberikan perhatian yang luar biasa mengenai pembuatan perjanjian, perbelanjaan pilihan raya dan sokongan politik. Kes 1MDB terjadi semasa di bawah bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Daripada $ 8 bilion yang 1MDB peroleh melalui jualan bon, A.S. mendakwa lebih daripada separuh diselewengkan.

Seorang wakil Alibaba berkata syarikat itu tidak mempunyai sebarang komen berkenaan isu ini.

Malaysia akan memohon hukuman penjara dan denda jenayah terhadap individu yang terlibat, kata Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan Jumaat lalu. Kesalahan yang dicari untuk diadili ini mencerminkan “tahap kritikal penipuan dan penyelewengan berbilion-bilion dalam penerimaan bon dengan manyalahgunakan kuasa,” serta ingin mengetahui tahap penglibatan Goldman Sachs dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengatur bon 1MDB .

- Advertisement -

“Kami percaya dakwaan yang diumumkan hari ini, bersama-sama dengan tiga entiti Goldman Sachs yang diumumkan pada Disember tahun lalu, adalah tidak tepat dan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya,” kata jurucakap Goldman Sachs melalui e-mel.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img