spot_img
spot_img

E-Pembayaran negara meningkat mendadak

spot_img

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Trend pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara apabila jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda dalam tempoh setahun.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, bagi tempoh 2017 hingga 2018 jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat kepada 34 juta berbanding kurang daripada dua juta sebelumnya.

Menurut beliau, sejak 2011 negara telah mengurangkan penggunaan cek hampir separuh kepada 101 juta pada 2018.

- Advertisement -

“Terminal penerimaan e-pembayaran juga meningkat lebih dua kali ganda kepada 16 terminal bagi setiap 1,000 penduduk pada 2018. Selari de­ngan perkembangan berkenaan, jumlah peniaga yang menerima pembayaran secara kod respon pantas (kod QR) semakin bertambah dengan lebih 400,000 pendaftaran direkodkan.

“Sementara itu, transaksi e-pembayaran melonjak tiga kali ganda kepada 125 transaksi perkapita pada tahun lepas. Kami menjangkakan 40 peratus syarikat teknologi kewangan (fintech) di Malaysia adalah berkaitan pembayaran atau perkhidmatan pembayaran yang mana ia adalah segmen terbesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Anugerah Kecemerlangan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2019 di sini semalam.

- Advertisement -

Tambah beliau, inovasi teknologi yang pantas, evolusi dalam model perniagaan serta perubahan gelagat pengguna telah mencipta peluang-peluang baharu dan cabaran kepada status quo.

Katanya, peluang seumpama itu mampu membawa kebaikan dan impak transformasi kepada masyarakat dan ekonomi.

“Kita harus berani mencuba sesuatu trend baharu, tetapi pada masa sama perlu tegas dalam menguruskan risiko-risiko yang berkaitan. Zaman telah berubah dan beralih kepada yang lebih baik. Ia membawa kita keluar daripada zon selesa selain membantu mencapai potensi yang lebih tinggi.

“Selain itu, penyedia per­khidmatan juga harus mele­takkan fokus utama terhadap inovasi dan penyelesaian nilai tambah yang melangkaui pembayaran. Ini akan menjadi insentif untuk para pelanggan menggunakan perkhidmatan kewangan digital,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img