spot_img
spot_img

Ucapan penuh PM di Pertabalan Agong ke 16

spot_img

TEKS UCAPAN OLEH YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD,
PERDANA MENTERI MALAYSIA

DI ISTIADAT PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-XVI
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

PADA 30 JULAI 2019 (SELASA) BERTEMPAT DI ISTANA NEGARA

- Advertisement -

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa bihi Nastai’n,
Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian,
Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
 

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah Patik pohon diampun. Pertama sekali segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas taufik, hidayah serta limpah kurnia-Nya hingga kita dapat bersama-sama di upacara pertabalan ini. Patik bagi pihak Kerajaan, anggota-anggota Perkhidmatan Awam serta seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI pada hari

Begitu juga Patik merafakkan sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri

- Advertisement -

Pelantikan Kebawah Duli Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI sejak 31 Januari 2019 dan pertabalan Tuanku dan Tuanku Raja Permaisuri pada hari ini melakar lembaran sejarah kepada Negara. Justeru, Patik berdoa semoga pemerintahan Tuanku akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan penuh keadilan, keamanan dan kemakmuran, sekali gus melaluinya Negara dan rakyat sekalian terus maju dan sejahtera.

Di kesempatan ini, Patik mewakili rakyat jelata sekalian merakamkan junjungan kasih yang tidak terhingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sepanjang pemerintahan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV sehingga 6 Januari

Izinkan juga Patik untuk menyembah maklum beberapa perkara berhubung Kerajaan dan Negara amnya dalam majlis ini. Pada keseluruhannya, Negara kita terus aman, makmur dan maju. Kejayaan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah kesinambungan daripada hasil pengorbanan pejuang- pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin Negara yang terdahulu yang telah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam merancang dan membina Negara yang kita kasihi ini. Justeru, pengorbanan mereka akan diteruskan serta diperkukuhkan lagi oleh Kerajaan pada hari

Walaupun Kerajaan Tuanku yang diterajui oleh parti Pakatan Harapan ini baru sahaja memegang tampuk selama lebih sedikit daripada 1 tahun, namun Alhamdulillah ia telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan Negara yang diwarisi sebelumnya. Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tuanku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai setakat ini. Usaha-usaha akan terus dilipatganda untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di

Pertumbuhan ekonomi Negara masih berterusan dan inisiatif-inisiatif untuk membina semula Negara supaya menjadi lebih maju terus giat dilaksanakan. Dengan izin Allah SWT, adalah diharapkan segala usaha akan berjalan lancar dan dipermudahkan untuk memenuhi segala hasrat rakyat dan mencapai Malaysia yang makmur dan

Walaupun dunia kini dilanda ketidaktentuan ekonomi dan pergolakan geopolitik, namun usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Tuanku telah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kita semua mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut sekali gus meminimakan kesan buruk yang mungkin Negara hadapi. Patik juga berharap rakyat keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan untuk bersama-sama mengharungi cabaran-cabaran tersebut bagi menjaya dan merealisasi semua rancangan dan dasar yang telah dirancang dalam usaha kita membangunkan Negara yang disayangi

Pembangunan Negara tidak akan bermakna jika terdapat rakyat yang masih hidup dalam kesusahan dan terpinggir daripada limpahan pembangunan Negara. Itulah pendirian Kerajaan Tuanku dan akan terus menjadi azimat yang dipegang dalam merencana dan melaksanakan agenda-agenda pembangunan Negara. Justeru, Kerajaan Tuanku akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan program- program kesejahteraan hidup rakyat termasuk usaha untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup. Ini termasuk meningkatkan kuasa beli dan menghapuskan jurang pendapatan antara kelas, kaum dan wilayah. Dalam pada itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kenaikan harga barang dan kos sara hidup dapat ditangani secara holistik. Kerajaan Tuanku juga akan terus memperkenal dan melaksanakan program-program yang akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat

Sempena satu tahun pemerintahan Kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 baru-baru ini, Patik telah mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan memastikan seluruh rakyat merasai nikmat ekonomi dan kemakmuran Negara secara bersama dan lebih adil dan teragih. Kemakmuran Bersama ini dibangunkan untuk mencapai beberapa objektif utama, iaitu untuk memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani. Bersesuaian dengan matlamat ini, Kerajaan Tuanku akan memastikan sumbangan dan pandangan setiap lapisan masyarakat serta iktibar daripada pengalaman yang lalu akan diambil kira dalam perencanaan program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju, bermaruah dan

Kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan yang pada suatu masa dahulu menjadi antara contoh kepada banyak negara akan sentiasa dipastikan berada pada tahap yang tinggi terutama dalam menghadapi era globalisasi, cetusan maklumat serta Revolusi Industri 0 di samping peningkatan aspirasi rakyat terhadap Kerajaan. Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap akan memberi kesan positif terhadap daya saing dan daya tahan serta akan menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Dalam hal ini, aspek-aspek peningkatan kecekapan, ketelusan, tadbir urus dan integriti akan menjadi agenda penting berterusan bagi Kerajaan Tuanku.

Menyedari peri pentingnya undang-undang Negara tidak sekadar dilaksanakan tapi mesti dilihat dilaksanakan dengan adil, Kerajaan Tuanku akan terus mempertahankan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memastikan demokrasi terus subur sekali gus kestabilan Negara dapat dicapai. Langkah-langkah bagi meningkatkan tadbir urus, integriti dan membasmi rasuah termasuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan. Dalam hal ini, Kerajaan Tuanku akan memastikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Pada masa yang sama prinsip ketelusan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan akan terus dipertingkatkan. Semua usaha ini membuktikan  Kerajaan  Tuanku  amat  serius  dalam  menangani masalah-masalah yang selama ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan meruntuhkan imej Negara di persada antarabangsa.

Kerjasama dan toleransi rakyat yang berbilang agama, kaum dan budaya yang telah berjalan sekian lama menjadi kunci kejayaan Negara kita. Malaysia akan gagal sekiranya tiada perpaduan dalam kalangan rakyat. Dalam hal ini, walaupun terdapat beberapa insiden kecil, namun rata-rata perpaduan dalam kalangan rakyat terus stabil dan Usaha-usaha untuk meningkatkan perpaduan Negara bukan sahaja terletak di bahu Kerajaan malah merupakan tanggungjawab semua pihak. Bagi pihak Kerajaan, perhatian akan sentiasa diberi terhadap aspek-aspek meningkatkan perpaduan rakyat demi meneruskan kesepaduan dan keharmonian Negara. Bagi memperkukuhkan lagi usaha tersebut, Kerajaan Tuanku telah menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat yang akan bertindak sebagai badan bebas bagi menasihati Kerajaan dalam isu-isu berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial. Patik berharap usaha- usaha Kerajaan Tuanku ini akan terus mendapat sokongan bagi mencapai matlamat yang diidamkan oleh semua pihak.

Patik bersama-sama dengan jentera Kerajaan Tuanku akan sentiasa bekerja dengan gigih bagi memastikan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan dapat direalisasi selaras dengan harapan tinggi rakyat yang inginkan kemajuan dan kemakmuran Negara dapat dinikmati oleh mereka. Oleh itu, jentera pentadbiran Kerajaan Tuanku akan bekerja dengan lebih bertanggungjawab, tekun, dedikasi dan amanah bagi menjamin kesinambungan pembangunan negara terus berjalan

Akhir kalam, Patik bagi pihak Kerajaan, anggota-anggota Perkhidmatan Awam, pasukan keselamatan serta rakyat sekalian berikrar akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Tuanku serta berdoa semoga Allah SWT melimpahkan Kebawah Duli Tuanku dan Tuanku Raja Permaisuri serta ahli-ahli keluarga dengan taufik dan hidayah, dipanjangkan umur, kesihatan yang baik dan Tuanku berdua terus bersemayam di singgahsana dengan segala kehormatan serta kebesarannya dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

 
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ampun Tuanku.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img