spot_img
spot_img

“Betul ke dia transgender? Saya tidak pernah berjumpa dengan nya” -Tun M

spot_img

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut ketika ditanya mengenai pelantikan seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri turut bertanya kembali kepada wartawan sama ada Rania Zara Medina yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Trans Woman 2017, adalah benar seorang mak nyah.

“Apa, transgender? Awak dah periksa dia ke? Betul ke dia transgender.

- Advertisement -

“Saya tidak tahu sama ada dia transgender, saya tidak pernah jumpa dengan dia,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelantikan Rania Zara Medina, sebagai AJK CCM Malaysia, yang disahkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye semalam.

Boon Chye dilaporkan berkata, pelantikan transgender itu sah mengikut prosedur sedia ada dan Rania Zara Medina dipilih berdasarkan wakil masyarakat penduduk sasar iaitu transgender, hubungan seks lelaki bersama lelaki (men-sex-with-men), pekerja seks wanita, penagih dadah dan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (PLHIV).

- Advertisement -

CCM Malaysia ditubuhkan atas keputusan Kabinet pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund, selain berfungsi mengawal HIV/AIDS, sejajar dengan Pelan Strategik Nasional untuk menangani wabak berkenaan di negara ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img