spot_img
spot_img

Malaysia catat nilai perdagangan RM159.21 bilion

spot_img

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan nilai perdagangan sebanyak RM159.21 bilion bagi Mei 2019, peningkatan dua peratus daripada tahun sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan dalam perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), India, Filipina dan Thailand.

Katanya, eksport naik 2.5 peratus kepada RM84.15 bilion manakala import tumbuh 1.4 peratus kepada RM75.06 bilion.

- Advertisement -

“Jumlah eksport yang dicatatkan juga merupakan nilai eksport tertinggi pernah direkodkan bagi bulan Mei.

“Pertumbuhan eksport yang lebih pantas berbanding import telah menghasilkan lebihan dagangan yang tinggi sebanyak RM9.08 bilion, melonjak 11.9 peratus berbanding Mei tahun lepas.

“Ini merupakan lebihan dagangan yang ke-259 bulan berturut-turut direkodkan sejak November 1997,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN MALAYSIA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img