spot_img
spot_img

Zahid berdepan 26 pertuduhan tambahan

spot_img

SHAH ALAM 27 Jun – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa sebanyak 26 pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM) 2009(Akta 694) di Mahkamah Sesyen di sini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan dengan tujuh lagi pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri telah mendapat sesuatu berharga iaitu wang tunai dalam pelbagai matawang.

Kesemua pertuduhan itu mengambil masa kira-kira 35 minit dihadapan Hakim Rozilah Salleh.

- Advertisement -

Ahmad Zahid dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia selain arahan pasport diserahkan kepada mahkamah dikekalkan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd .Mukhzany Faris Mohd. Mokhtar dan Zander Lim Wai Keong manakala Ahmad Zahid diwakili Peguam Kitson Foong serta dibantu peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd. Noh dan Mohd. Shahril Madisa. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img