spot_img
spot_img

RM2 bilion dalam 24 jam

spot_img

KUALA LUMPUR: Surat jaminan kerajaan dikemukakan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bagi pinjaman kedua SRC International Sdn Bhd berjumlah RM2 bilion, diluluskan Kementerian Kewangan hanya dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz, berkata surat jaminan itu dikemukakan SRC kepada Kementerian Kewangan pada 2 Februari 2012 untuk dibincangkan bagi keperluan segera ia diluluskan.

Saksi ke-41 pendakwaan itu berkata, sehubungan itu beliau diarahkan menyediakan satu memo daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) kepada Perdana Menteri melalui Menteri Kewangan Kedua (ketika itu), Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung perkara berkenaan.

- Advertisement -

“Memo dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) itu disokong Menteri Kewangan Kedua pada hari yang sama dan dikemukakan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan serta dipersetujui pada 3 Februari 2012.

“Selepas diluluskan, MJM dikemukakan kepada Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari Isnin iaitu 6 Februari 2012 untuk dibentangkan ke Mesyuarat Kabinet pada 8 Februari 2012.

“MJM itu dibentang dan diluluskan Kabinet pada 8 Februari 2012 seperti yang tertera di dalam Minit Mesyuarat yang saya terima beberapa hari kemudian,” katanya.

- Advertisement -

Saksi itu berkata, kementerian memaklumkan kepada KWAP mengenai kelulusan jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua oleh Kabinet melalui surat bertarikh 28 Mac 2012.

Beliau berkata, sekitar bulan April 2012, dia diarahkan Setiausaha Bahagian untuk menyediakan satu memo dalaman bertarikh 24 April 2012 daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Menteri Kewangan melalui Menteri Kewangan Kedua.

Katanya, memo dalaman itu adalah untuk mendapatkan kelulusan secara prinsip bagi pindaan terma dan syarat.

“Ia supaya tujuan pinjaman tambahan kepada SRC boleh ditukarkan daripada membiayai aktiviti pelaburan am dan modal pusingan, kepada membiayai aktiviti pelaburan sumber asli dan modal kerja.

“Saya turut sediakan MJM yang akan dikemukakan kepada Bahagian Kabinet JPM untuk dibentangkan ke Mesyuarat Kabinet pada 16 Mei 2012.

“Kementerian Kewangan memaklumkan SRC mengenai kelulusan Kabinet menerusi surat bertarikh 18 Mei 2012,” katanya.

Katanya, surat itu menyatakan bahawa pinjaman adalah untuk membiayai aktiviti pelaburan dalam sektor sumber asli dan modal kerja.

Menurut saksi itu, surat yang sama turut melampirkan surat jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua bertarikh 27 Mac 2012.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim, pada sesi pemeriksaan utama, saksi berkata kebiasaannya permohonan daripada syarikat untuk mendapatkan jaminan kerajaan akan diteliti dahulu, selain mendapatkan dokumen sokongan bagi menilai projek sebelum membuat keputusan.

Bagaimanapun, Afidah Azwa berkata beliau tidak sempat membuat pengesahan terhadap maklumat berhubung latar belakang syarikat SRC dan mendapatkan butiran lanjut bagi permohonan jaminan kerajaan untuk pinjaman pertama RM2 bilion pada 2011.

Suhaimi: Kenapa?

Afidah: Sebab tiada masa. Syarikat SRC datang sendiri ke kementerian dan saya diarahkan untuk mendapatkan semua maklumat pada masa itu juga.

Saya hanya bergantung kepada maklumat lisan daripada Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan Zahid Taib.

Tiada dokumen disertakan masa itu.

Suhaimi: Adakah memo ini dokumen terakhir sebelum dikemukakan kepada kabinet?

Afidah: Saya minta Setiausaha Bahagian untuk teliti sebelum diberikan kepada Timbakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) untuk disemak dan ditandatangani.

Suhaimi; Kalau ada pindaan kamu tidak akan tahu?

Afidah: Ya

Suhaimi:Apa yang dikemukakan kepada puan hari ini ialah apa yang diluluskan Kabinet?

Afidah: Ya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img