spot_img
spot_img

Kementerian Kewangan harus dapatkan semula RM250j dari penjualan NFC

spot_img

Kementerian kewangan perlu mengambil pendekatan secara terbuka bagi mendapatkan semula segala hutang Syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) berjumlah kira-kira RM250 juta ke arah menyelesaikan kes yang tertunggak ini.

Pada realitinya, sudah terdapat sebuah syarikat tempatan yang berwibawa untuk mengambil-alih projek NFC dan membuat pembayaran tunai kira-kira RM250 juta kepada kerajaan.

Syarikat tempatan berwibawa ini juga mempunyai satu ‘blue print’ yang amat baik bagi terus mengembangkan industri ternakan lembu ke arah menjamin pelan keselamatan makanan dalam negara yang mantap.

- Advertisement -

Bagi pendapat saya, asas yang penting adalah kita dapatkan semula sejumlah RM250 juta untuk kerajaan di saat negara menghadapi pelbagai kekangan kewangan ketika ini.

Tindakan mahkamah tanpa kerajaan memperoleh sebarang bentuk pulangan kewangan pun tidak ada ertinya kepada kita semua.

Sekiranya sudah ada satu formula positif dan penyelesaian terbaik di mana pihak kerajaan dijamin untuk mendapat semula hutang tertunggak RM250 juta itu, apa lagi yang kita mahu?

- Advertisement -

Syarikat baru yang berhajat untuk mengambil-alih NFF perlu mempunyai kemampuan untuk melunaskan semua hutang tertunggak secara tunai dan meneruskan agenda mengembangkan industri ternakan lembu secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) tanpa bergantung kepada dana kerajaan selepas ini.

Ini merupakan satu kaedah yang terbaik serta peluang keemasan bagi pihak kerajaan mendapatkan semula semua hutang tertunggak RM250 juta di samping meneruskan pelan asal bagi memantapkan agenda keselamatan makanan dalam negara.

Jangan amalkan politik dendam. Seandainya ada jalan penyelesaian positif yang menguntungkan pihak kerajaan, kita harus beri keutamaan.

Keseluruhan rakyat mahu melihat penyelesaian permasalahan secara positif! Yang penting formula itu menguntungkan kerajaan serta rakyat.

Dalam isu NFC, sekiranya diteliti secara terperinci banyak perkara dalam ‘perjanjian pelaksanaan’ antara kerajaan kleptokrasi dengan syarikat ini berpunca dari berbagai kelemahan kerajaan yang terdahulu!!

Banyak perkara gagal ditunaikan oleh kerajaan terdahulu sepertimana yang dipersetujui dalam ‘perjanjian pelaksanaan’ seperti melengkapkan infrastruktur projek, mendirikan pusat penyembelihan, pembekuan akaun syarikat dan beberapa faktor lagi yang menyebabkan pelbagai kekangan untuk NFC bergerak ke hadapan pada waktu itu.

Kerajaan PH harus bersikap terbuka untuk menerima cadangan baru penyelesaian yang lebih menguntungkan rakyat serta negara kita.

Apa yang saya tidak faham sudah terdapat sebuah syarikat tempatan yang berwibawa telah menandatangani perjanjian dengan NFC untuk mengambil alih syarikat itu termasuk persetujuan bagi melangsaikan segala hutang piutang kepada kerajaan secara tunai.

Tetapi ia tidak dipertimbangkan langsung oleh Kementerian Kewangan.

Seandainya terdapat kaedah penyelesaian terbaik yang bakal menguntungkan kerajaan, kita harus beri keutamaan daripada terus bersikap hanya untuk menghukum.

Tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik, bersikap terbuka dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat secara berhemah asalkan ia menguntungkan negara.

Hampir setahun kita mencari satu pendekatan penyelesaian yang bakal menguntungkan kerajaan serta rakyat dan kini formula terbaik berada di depan mata, kenapa harus menolaknya?

Sekurang-kurangnya berilah sedikit pertimbangan dan amalkan sikap terbuka kerajaan PH untuk memanggil semua yang terlibat ke meja rundingan.

Setelah ke meja rundingan sekiranya gagal barulah kita bertindak mengikut lunas undang-undang. Jangan bersikap terlalu ‘rigid’ dan hanya nak menghukum.

Kerajaan PH harus mempamerkan sikap terbuka untuk selesaikan segala permasalahan secara berhemah kerana kerajaan ketika ini adalah kerajaan yang amat bertanggungjawab berteraskan kepada mesra rakyat. Pendekatan dan pendirian ini akan lebih mempopularkan kerajaan PH.

Sesungguhnya, saya tidak mempunyai sebarang bentuk kepentingan peribadi dalam isu NFC. Kita tidak harus menolak tuah bagi mendapatkan semula sejumlah RM250 juta untuk kerajaan di samping pelan asal berjalan dengan lebih baik berdasarkan konsep PFI tanpa melibatkan dana kerajaan.

Itu saja pendirian saya dalam isu polemik NFC. Saya lebih pentingkan manfaat kepada kerajaan, rakyat dan juga negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img