PETALING JAYA, 31 Mei – Majlis berbuka puasa dengan menjemput kaum agama yang lain diadakan di sini untuk kali pertama di Masjid Kampung Tunku, yang dihadiri beberapa wakil dari pelbagai kumpulan agama.
Acara itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei, yang mengatakan bahawa ia diilhamkan untuk berbuat demikian untuk membawa komuniti di kawasannya lebih rapat bersama.
“Saya diilhamkan untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat. Kampung Tunku adalah kawasan kejiranan yang lama tetapi masyarakatnya agak renggang kerana penduduk di sini biasanya menjaga hal mereka sendiri.
“Acara buka puasa ini merupakan usaha berterusan untuk menyatukan mereka dan menggalakkan penduduknya berasa mengenali antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut.
Lim berkata beliau telah menganjurkan acara perpaduan yang serupa untuk penduduk di Kampung Tunku sejak beliau menjadi wakil rakyat pada tahun lepas.
Antara 40 peserta hadir termasuk wakil-wakil dari Masjid Al-Aminah di SS2, Masjid Al-Ikhlas di SS3, Masjid Ar-Ridhwani di Sungai Way, Fo Guang Shan Malaysia, dan Gabungan Persatuan Cina Petaling Jaya.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Tunku, Wan Huzaini Wan Hussin berkata walaupun ini kali pertama acara interfaith diadakan di masjid, beliau berkata ia tidak akan menjadi yang terakhir dan berharap ada lebih banyak peserta yang hadir pada tahun-tahun akan datang.
Beliau berkata tidak ada rasa takut bagi orang bukan Islam yang memasuki masjid kerana mereka tidak dilarang memasuki tempat ibadat.
“Terdapat dua perkara yang menyatukan rakyat – makanan dan sukan. Apabila ia datang kepada makanan, kita semua akan berkumpul dengan harmoni.
“Kita bernasib baik untuk tinggal di Malaysia di mana terdapat toleransi antara pelbagai kaum dari agama yang berbeza,” kata Wan Huzaini, sambil menambah bahawa masjid menawarkan makanan percuma setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk buka puasa.
Kampung Tunku terdiri daripada 60 peratus pengundi Cina, dengan 20 peratus orang Melayu dan selebihnya dari etnik lain.
IDA NADIRAH IBRAHIM
Foto Hari Anggara The Star