spot_img
spot_img

Penjimatan kos efektif untuk Air Asia lebih keuntungan

spot_img

KUALA LUMPUR 17 Mei – AirAsia Group Bhd. menjangkakan penjimatan kos dan peningkatan perolehan bermula tahun depan selepas dua tahun bekerja ­rapat dengan Google dan syarikat data lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan pengurangan empat peratus bahan api selepas menggunakan pesawat yang sesuai bagi laluan tertentu.

Katanya, dengan pelbagai inisiatif bahan api lain termasuk alat ganti, AirAsia mengunjurkan penjimatan kos sekitar 10 hingga 15 peratus menjelang akhir 2020.

- Advertisement -

“Usaha ini bagi menjimatkan kos dan meningkatkan perolehan seiring langkah syarikat ke arah pendigitalan yang membolehkan kami menjadi kreatif dalam penawaran produk.

“Ia sebahagian daripada inisiatif AirAsia 3.0, rancangan untuk membuat perjalanan keseluruhan lebih bagus dan selesa untuk penumpang di samping pelbagai inisiatif baharu akan diperkenalkan,” katanya di sini.

Pada April lalu, Tony membuat pembentangan di hadapan sekumpulan analisis sempena Hari Pelabur AirAsia 3.0 di ibu pejabat AirAsia di Sepang.

- Advertisement -

Menurut Tony, AirAsia telah melalui perjalanan panjang dan merupakan kumpulan pertama merevolusikan cara orang ramai melakukan perjalanan kos rendah.

Katanya, pada waktu itu, apabila kumpulan menggunakan internet untuk menjual tiket, mereka menerima pelbagai keraguan dan cemuhan.

“Selepas 18 tahun, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia yang menjadi pilihan dalam talian untuk mendekati pelancong.

“AirAsia telah menerbangkan lebih 500 juta orang dan mempunyai 260 pesawat pengaturan pajakan semula untuk menjimatkan kos,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau masih melihat potensi destinasi di China dan bekerja dengan rakan kerjasama baharu untuk kembali ke Vietnam. Beliau juga yakin operasi AirAsia Indonesia dan Filipina akan menguntungkan tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img