spot_img
spot_img

Maharaja Jepun turun takhta

spot_img

TOKYO 29 April – Maharaja Akihito, 85, mencipta sejarah baharu dalam sistem peme­rintahan Jepun dalam tempoh 200 tahun apabila menjadi Maharaja Jepun pertama yang akan turun takhta serta melepaskan gelaran itu kepada anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito, bermula esok.

Sebelum ini, kedudukan ter­tinggi dalam hierarki pemerintahan Jepun itu dikekalkan sehingga akhir hayat.

Berikut adalah beberapa fakta dilaporkan AP yang perlu diketahui.

- Advertisement -

Mengapa Mahajara Akihito turun takhta dan apa kelainan berbanding dengan maharaja-maharaja sebelum ini?

Pada Ogos 2016, Maharaja Akihito yang bimbang dengan tahap kesihatannya ekoran peningkatan usia menyatakan hasrat untuk ‘berehat’ daripada pemerintahan.

Perkara itu mencetuskan kekeliruan kerana tiada frasa dalam undang-undang diraja menjelaskan mengenai penurunan takhta bagi maharaja yang masih hidup. Kerajaan me­rangka undang-undang baharu yang membenarkan penurunan takhta tersebut.

- Advertisement -

Perkara itu sebahagian da­ripada pembaharuan yang diba­wa Maharaja Akihoto. Sebelum ini Maharaja Akihito menjadi maharaja pertama memecah tradisi apabila mengahwini rakyat biasa, Maharani Michiko.

Siapa yang bakal menggantikannya?

Selepas upacara penurunan takhta esok, anak sulung maharaja, Putera Naruhito akan menaiki takhta. Berusia 59 tahun, Putera Naruhito seorang yang gemar aktiviti lasak dan muzik. Menamatkan pengajian dalam bidang sejarah di Universiti Gakushuin manakala isterinya, Puteri Masako merupakan seorang diplomat berkelulusan Universiti Harvard. Puteri Masako dilaporkan dalam tempoh pulih kerana tertekan selepas melahirkan anak perempuan, Puteri Aiko, bukannya anak lelaki seperti yang diharapkan.

Bagaimana prosedur penurunan takhta berlaku?

Meskipun istiadat turun takhta dilakukan pada petang esok, namun Maharaja Akihito masih kekal sebagai maharaja sehingga tengah malam apabila eranya yang dikenali ‘Heisei’ ber­akhir dan Putera Naruhito akan mengambil alih takhta dengan era baharu, ‘Reiwa’.

Putera Naruhito akan me­nerima alat kebesaran diraja menandakan pertabalan sebagai Maharaja Jepun.

Apa akan terjadi kepada Maharaja Akihito?

Maharaja Akihito akan diberi gelaran baharu, Maharaja Emeritus­ dan diberi pelepasan daripada tugas-tugas rasmi seper­ti menandatangani dokumen, menerima kunjungan pembesar asing, menghadiri upacara rasmi kerajaan dan istana selain tidak akan menghadiri upacara naik takhta Putera Naruhito.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img