Pengumuman Foxconn bahawa pengasas Foxconn, Terry Gou pada hari Rabu yang lalu merancang untuk bertanding jawatan presiden Taiwan.
Tetapi siapa Terry Gou?
Walaupun berusia 68 tahun, beliau adalah bintang di negaranya sendiri, namun dia tidak dikenali di luar negara. Namun, kilang-kilangnya menggunakan lebih dari satu juta orang di China dan beratus-ratus ribu lagi di seluruh dunia dari A.S. ke Republik Czech dan Brazil. Foxconn Technology Group memasang telefon dan alat yang terdapat di hampir semua isi rumah di dunia, termasuk kebanyakan iPhone Apple dan banyak peranti untuk jenama lain. Jika anda memiliki Sony PlayStation 4 atau Amazon Kindle, peluangnya datang dari salah satu kilang Gou. Pada hari Khamis lepas, selepas pengunguman tawarannya untuk jawatan Presiden, ia terus menjadi spekulasi hangat di beberapa syarikat yang membentuk empayar Foxconn.
Ia merupakan suatu cabaran yang memberikan faktor negatif dan positif kerana Gou berusaha mencabar Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, seorang pengkritik China dan menyokong kuat kemerdekaan rasmi dari tanah besar itu. Walaubagaimana pun beliau dikagumi sebagai salah seorang usahawan yang paling berjaya di Taiwan – seorang pemimpin yang kuat yang boleh berunding dengan China dan A.S. – pelaburannya yang besar di tanah besar boleh menimbulkan persoalan tentang pengaruh Beijing ke atas pulau yang yang menggunakan sistem demokrasi.
Gou (sebutan Gwor) memulakan empayarnya yang kini bernilai $ 41 bilion dengan pinjaman hanya $ 7,500 dari ibunya pada tahun 1974 di usia 23 tahun, semasa ledakan eksport Taiwan. Bekas kerani perkapalan menggunakan pinjaman itu untuk membeli mesin pencetak plastik yang membuat tombol untuk menukar saluran pada televisyen hitam-putih untuk jenama Amerika dan Eropah.
Jelajah A.S.
Untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan, beliau mengadakan lawatan selama 11 bulan di A.S. pada awal tahun 80-an, ketuk ke syarikat demi syarikat satu per satu, seperti jurujual pintu ke pintu. Di Raleigh, North Carolina, dia memasuki sebuah motel berhampiran kemudahan kilang IBM. Selepas tiga hari berkeliaran, dia mendapat temujanji dengan IBM.
Keupayaan Gou untuk memenuhi permintaan Amerika untuk peralatan gajet dengan buruh Asia yang murah dengan mengambil kesempatan di atas pasaran buruh China yang baru dibuka pada ketika itu. Walaupun banyak pengeluar Taiwan teragak-agak untuk menggerakkan pengeluaran merentasi Selat Taiwan, Gou menubuhkan kilang di tanah besar pertamanya di Shenzhen pada tahun 1988, di mana pada waktu itu China tidak begitu ‘suka’ dengan pelaburan nasionalis Taiwan.
Perniagaan itu melambung dengan jayanya. Sebagai satu pertumbuhan yang cepat dan diikuti satu lagi pertumbuhan, Gou menjadi salah satu daripada majikan swasta terbesar di negara ini. Kilang-kilangnya yang dipenuhi pekerja muda dari pedalaman China, seperti bandar raya mini, dengan perumahan, kantin, klinik kesihatan dan rekreasi.
Pada mulanya hanya berpusat di rantau yang berkembang berhampiran Hong Kong, kemudian perniagaan Gou mula merebak ke seluruh negara China, termasuk wilayah Shanxi di utara, di mana keluarganya berasal.
Tetapi pemilik kilang yang mengeluarkan iPhone dan iPod kini, semakin mendapat perhatian antarabangsa. Pada tahun 2010, lebih daripada 12 pekerja Foxconn membunuh diri, disyaki kerana syarikatnya berterusan mengerah tenaga kos yang lebih rendah untuk kecekapan maksimum.
Gou lambat menyedari betapa pentingnya menangani masalah pekerja-pekerja, apatah lagi apabila melibatkan kematian. “Yang pertama, kedua, dan yang ketiga, saya tidak melihat ini sebagai masalah yang serius. Kami mempunyai kira-kira 800,000 pekerja, “katanya kepada Bloomberg News pada 2010.” Tetapi kini, saya rasa bersalah. Tetapi pada masa itu, saya tidak fikir yang saya harus bertanggungjawab sepenuhnya. “
Murah hati dermawan.
Anak sulung dari tiga beradik, Gou dikenal sebagai seorang yang keras dan juga murah hati. Beliau pernah memaksa seorang eksekutif kanan untuk bertahan berdiri selama 10 minit kerana tidak memberikan jawapan dengan memuaskan pada mesyuarat, dihadapan beberapa ratus orang, menurut bekas eksekutif lain yang hadir pada mesyuarat itu. Dia terkenal dengan mengadakan mesyuarat yang boleh berlangsung selama berjam-jam dan para pembantu rapat harus boleh dipanggil pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
DI sebalik kekerasan itu, beliau membayar bonus demi bonus kepada kakitangan eksekutif dan kakitangannya dari poket sendiri, menggunakan dividen daripada saham syarikatnya yang dipegang sebagai amanah.
Hari ini, Gou tidak lagi hanya dikenali sebagai bilionair belakang tabir. Apabila Presiden A.S., Donald Trump meminta lebih banyak pelaburan dalam pembuatan A.S., Gou adalah salah satu daripada yang pertama untuk menyahut panggilantersebut, bersetuju untuk membina kemudahan 13,000 pekerja di Mount Pleasant, Wisconsin, sebagai pertukaran lebih daripada $ 4.5 bilion dalam insentif kerajaan.
Disambut oleh Trump sebagai “salah satu tawaran hebat yang pernah ada,” namun projek Wisconsin itu telah mendapat kritikan kerana bayaran gaji rendah, pemecatan secara tiba-tiba dan persekitaran yang huru-hara dan hala tuju yang sentiasa berubah-ubah. Foxconn berkata kilang itu berada di landasan untuk memulakan pengeluaran LCD tahun depan.
Kini perhatian penuh pada Gou.
Bapa Gou berperang dengan Parti Kuomintang atau Parti Kebangsaan – tentera dalam perang saudara terhadap Komunis Mao Zedong di China dahulu dan melarikan diri bersama Chiang Kai-shek pada tahun 1949. Kini sedang mencari pencalonan di parti KMT untuk pemilihan presiden pada bulan Januari. Parti KMT, yang berkongsi kepercayaan Beijing dan Taipie bahawa kedua-dua pihak milik “satu China,” merupakan penyokong kuat Taiwan untuk hubungan yang lebih erat.
“Saya akan mengambil bahagian dalam pemilihan KMT,” kata Gou kepada wartawan di Taipei hari ini, menggambarkan nilai terasnya sebagai “keamanan, kestabilan, ekonomi dan masa depan.”
Sumber kekuatan yang ada padanya mungkin dapat membantu dia menonjol di antara pencabar-pencabar KMT lain yang juga berpotensi termasuk mantan Datuk Bandar New Taipei City, Eric Chu dan bekas perwakilan Speaker Wang Jin-pyng. Han Kuo-yu dan Ko Wen-je, masing-masing Datuk bandar Kaohsiung dan Taipei, mereka juga, tidak menolak kemungkinan untuk bertanding.
“Bagi penyokong parti KMT, tidak ada calon lain yang lebih baik daripada Gou kerana Gou mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua pemimpin China dan Amerika,” kata Wu Yu-Shan, rakan penyelidikan terkemuka di Institut Sains Politik Academia Sinica di Taipei.
Guo bukan sahaja dikagumi sebagai ahli perniagaan, tetapi merupakan salah satu dermawan terbesar Taiwan, ini merupakan satu lagi faktor yang membantu imejnya. Gou telah menumpukan kekayaannya untuk mencari penawar untuk kanser dan membuka sebuah hospital kanser baru di Taipei tahun lepas. Isteri pertamanya meninggal akibat kanser payudara pada tahun 2005 dan adiknya Tony meninggal selepas bertarung dengan penyakit leukemia pada tahun 2007.
Pada awal Rabu lepas, Gou mendakwa dan percaya (kepercayaan) dewi laut Cina Mazu telah memberi isyarat untuk dia “maju ke hadapan” untuk menyokong keamanan di Selat Taiwan. “Mazu memberitahu saya, saya harus melakukan perkara yang baik untuk orang-orang yang menderita, memberi harapan kepada anak muda, untuk menyokong keamanan di selat antara Taiwan dan China,” kata Gou sambil menambah bahawa dewi tersebut telah berbicara kepadanya dalam mimpi baru-baru ini.
Kepercayaan agamanya meluas hingga dia menyerapkan kepercayaan itu ke kilang-kilangnya, yang semuanya memiliki patung-patung Tudi Gong, dewa tanah Cina.
Persoalannya adalah bagaimana Gou yang berpeluang selama berpuluh-puluh dekad membuat wang di China dengan berbilion-bilion dolar pelaburan di sana, dengan cita-cita untuk menjadi Presiden di Taiwan, yang merupakan sebuah pulau yang masih mempunyai hubungan yang tidak menentu dengan Beijing. Presiden China Xi Jinping mencadangkan awal tahun ini bahawa kedua-dua pihak masuk ke “konsultasi demokrasi yang mendalam” dan berusaha ke arah penyatuan, isyarat paling jelas lagi bahawa dia mahu menyelesaikan pertikaian 70 tahun itu.
Wang Ting-yu, seorang ahli parlimen untuk Parti Progresif Demokratik yang memerintah kini, menegaskan tekanan Beijing telah mengenakan tekanan ke atas syarikat-syarikat antarabangsa seperti Delta Air Lines Inc. dan jenama pakaian seperti Zara milik Inditex SA untuk mematuhi dan mengiktiraf tuntutannya terhadap Taiwan. Beliau berkata Gou akan menghadapi masalah untuk kepentingan perniagaannya di China.
“Di mana ada harta anda, di situlah hati anda juga,” kata Wang sambil memetik satu ayat kitab Injil. “Semasa Pengerusi Gou mahu menjadi ketua negara Taiwan, kekayaannya berada di tangan Xi Jinping. Saya fikir 23 juta rakyat Taiwan akan bimbang dengan kenyataan ini. “
– Dengan bantuan Chinmei Sung, dan Lee J Miller