Satu rakaman memaparkan babak pendek di dalam filem yang dinantikan ramai ”Avengers : Endgame” didakwa tersebar di internet sejak selasa lalu.
Menurut laporan CNBC, klip video tersebut muncul di laman sosial Twitter dan Reddit namun tidak dapat dijelaskan sumber asal yang membocorkannya.
Disney juga pada masa sama dikatakan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu, lapor portal Variety.
Laporan daripada portal Gizmodo turut menyebut, klip video ”Avengers : Endgame” yang berdurasi lima minit itu dilengkapi dengan sari kata berbahasa Arab dan didakwa direkodkan semasa proses penyaringan awal filem tersebut.
Kesal dengan apa yang berlaku, pengarah “Avengers: Endgame”, adik beradik Russo meluahkan perasaan mereka yang telah bekerja keras dalam tempoh tiga tahun bagi menghasilkan kejutan kepada peminat.
Kenyataan yang dikongsikan di Twitter dengan tanda pagar #DontSpoilTheEndGame itu turut menyeru orang ramai agar tidak terus menyebarkan klip tersebut sekaligus merosakkan ‘mood’ peminat lain yang telah menunggu sekian lama.
Filem yang dibintangi bintang hebat seperti Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth dan ramai lagi itu akan mula menemui penonton di Malaysia pada 24 April ini.
–VARIETY