spot_img
spot_img

Berikan Masa Untuk Nilai Kemampuan Sebenar MB Johor

spot_img

Johor Bahru 9 April 2019 : Desakan dan mainan media daripada pihak pembangkang negeri berkenaan isu Menteri Besar Johor sedikit sebanyak berjaya meninggalkan kesan.

Semalam Menteri Besar Dato Osman Sapian bertemu Perdana Menteri selama 20 minit di Putrajaya. Namun tidak pasti sama ada ia melibatkan isu ini atau tidak, kerana tiada ulasan mengenai pertemuan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Besar mahupun Pejabat Perdana Menteri.

Bagi rakyat Johor, ia bukan isu utama. Yang penting adalah kemajuan dan pembangunan untuk negeri ini. Menurut Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Zais Akil, apa yang berlaku sekarang ini bukanlah isu Menteri Besar yang pada mulanya dipertikaikan sijil kelulusan dan kemudian berlarutan dengan isu serangan peribadi, tetapi isu Menteri Besar Johor ini lebih kepada sikap merebut kuasa dan mempunyai niat merebut jawatan Menteri Besar Johor di dalam Pakatan Harapan itu sendiri.

- Advertisement -

Jika sekiranya Dato Osman Sapian meletak jawatan sekarang, adakah dapat dijamin suasana politik Johor kembali pulih ? Inilah perkara yang tidak pernah difikirkan oleh pengkritik-pengkritik Dato Osman Sapian sehingga sanggup meminta beliau meletak jawatan sedangkan penggantinya belum tentu dapat memulihkan keadaan atau memuaskan hati semua pihak.

Tambahnya lagi, sepatutnya semua pihak di dalam dan di luar Pakatan Harapan bertanggungjawab memberikan kerjasama dan komitmen yg diamanah kepada Dato Osman Sapian supaya Johor dapat diurustadbir dengan jayanya.

Zais Akil menekankan bahawa Bersatu Johor Bahru mengingatkan semua pihak yang menginginkan kemakmuran dan kestabilan negeri ini untuk memberikan kerjasama kepada Menteri Besar dan Pakatan Harapan dalam jangka masa beberapa tahun lagi untuk dinilai keupayaan sebenar di dalam mentadbir negeri Johor.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img