KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga US$126 juta (RM514.6 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pada 26 Mac 2019, ia membuat tawaran ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membeli kapal mewah itu di bawah proses Jualan Kehakiman, melalui jualan terus persendirian, menurut perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengikut bidang kuasa Admiralti.
“Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur hari ini meluluskan tawaran Genting Malaysia mengikut Terma dan Syarat Sheriff. Pengambilalihan itu akan dilaksanakan oleh anak syarikat milik penuh Genting Malaysia dan penyelesaiannya dijangka menjelang akhir April 2019.”
Pengambilalihan itu akan membezakannya daripada pesaing lain selain memberikannya kelebihan unik serta berdaya saing untuk pelanggan premium perniagaanya, katanya.
–AWANI