spot_img
spot_img

UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan

spot_img

GAMBANG: Mendepani tahun 2019, Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengorak langkah mencipta kecemerlangan dan dinamik dalam merealisasikan visi UMP menjadi Universiti Teknologi Terunggul.

Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan menjadi tema Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.

Lebih 5,000 orang terdiri daripada warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir untuk mendengar Amanat Tahunan 2019 oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Dr Daing Nasir Ibrahim.

- Advertisement -

Dalam meraikan kejayaan Prof. Dato Sri Dr. Daing Nasir berkata, UMP adalah  universiti pertama dalam kalangan universiti teknikal (MTUN) berjaya berada pada kedudukan 188 terbaik di Asia dalam QS University Ranking Asia: 2019.

Universiti juga memperoleh penilaian lima bintang untuk kriteria Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 selain tersenarai subjek Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di universiti ini berada dalam kelompok 251-300 terbaik dunia.

Turut dibuktikan dengan pencapaian lima bintang dalam semua aspek penarafan termasuk Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA),  Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA), Penarafan Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan (MyMohes) dan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara.

- Advertisement -

Dalam pada itu, menurut Prof. Dato Sri Dr. Daing Nasir, UMP akan terus memperkasa kerjasama dengan indusri melalui pertukaran pengetahuan, pembangunan penyelidikan, aktiviti perundingan, latihan dan pengkomersialan dalam memenuhi kehendak industri.

“Usaha berterusan UMP dalam  memperkasa jaringan industri dan hubungan alumni melalui platform Industry Network Alumni Platform (INAP) turut menjadi keutamaan. INAP merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan secara kolektif antara Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat serta Persatuan Alumni UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai platform buat alumni Universiti ini yang berkhidmat di sektor awam dan swasta untuk membina hubungan (networking), berinteraksi dan memberi sumbangsaran atas kapasiti profesional mereka sebagai eksekutif, teknokrat, usahawan, akademia dan sebagainya,” katanya.

Manakala bagi menyuburi bidang keusahawanan, UMP juga akan memberi tumpuan terhadap Industri Kecil Sederhana (IKS) dan memulakan program Teknousahawan yang unik serta membangunkan International Incubator Network.

Majlis Amanat Naib Canselor UMP dihadiri kira-kira 5,000 warga UMP - Foto AWANI Rangers UMP

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pula, UMP bakal menawarkan enam program baharu Sarjana Muda Teknologi berkaitan kejuruteraan yang mensasarkan lepasan kolej vokasional, politeknik dan institusi latihan kemahiran lain mulai tahun ini.

Bertepatan dengan tema menjana kegemilangan, UMP akan terus memfokuskan lima lonjakan strategik  iaitu Keunggulan Akademik, Kelestarian Kewangan, Keunggulan Penyelidikan dan Inovasi, Keunggulan Jenama dan Kemampanan Sosio- Ekonomi dan Persekitaran.

UMP akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif berdasarkan lima bidang tujahan berkaitan Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Automotif, Bioteknologi Industri, Kimia Halus dan khusus dan Kejuruteraan Pembuatan yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini.

UMP turut menyambut ulang tahun ke 17 baru-baru ini - Foto AWANI Rangers UMP

— Awani Rangers Universiti Malaysia Pahang (UMP)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img