spot_img
spot_img

Debat PRK Cameron Highlands: ‘Platform terbaik calon berkomunikasi dengan pengundi’

spot_img

TANAH RATA: Menjelang hari Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini, buat julung kalinya dalam sejarah negara menyaksikan debat antara calon-calon yang bertanding bagi PRK.

Moderator acara Debat AWANI edisi khas PRK Cameron Highlands, Felo Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Faisal Hazis memuji debat yang diadakan.

Beliau menyifatkan ia satu perkembangan yang amat positif dan boleh membuka ruang kepada lebih banyak debat seumpamanya untuk dijalankan pada PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

- Advertisement -

“Debat ini berjalan dengan lancar, cuma malangnya calon Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyertainya.

“Kita berharap ini adalah satu daripada platform yang akan diberikan oleh kerajaan kepada calon-calon yang bertanding khususnya kepada calon pembangkang.

“Dalam meraikan Malaysia Baharu, setiap calon harus diberikan ruang yang sama untuk berkomunikasi dengan pengundi dan debat ini merupakan platform yang terbaik,” kata Faisal kepada media selepas sesi debat tersebut berakhir.

- Advertisement -

Acara debat yang berjudul “Apakah perubahan yang Cameron Highlands perlu?” diadakan bagi melihat kemampuan bakal Ahli Parlimen itu berhujah dalam mengemukakan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi penduduk setempat.

Debat tersebut dianjurkan bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan disertai tiga calon yang bertanding iaitu M. Manogaran (Pakatan Harapan), Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib, kedua-duanya calon bebas.

Calon BN, Ramli Mohd Nor enggan menyertai debat ini susulan dakwaan Senator PH, Bob Manolan yang dikatakan telah mengugut Tok Batin (ketua kampung Orang Asli).

Untuk rekod, Ramli merupakan calon Orang Asli pertama yang diperkenalkan BN.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img