spot_img
spot_img

ICERD, Ketuanan Melayu & hakikat sebenar.

spot_img

1. Hari ini, di suatu kampung yang kecil pedalaman Denmark, Fredericia, syarikat tempatan mereka yang membangunkan pusat data melalui teknologi tenaga hijau, telah mendapat suntikan modal oleh pelabur gergasi dunia iaitu GOOGLE yang bernilai hampir USD1 bilion. Hebat, pelabur melabur untuk teknologi anak tempatan.

2. Di negara kita yang tercinta, hampir 2 minggu kita dipanaskan dengan isu perkauman dan ketuanan bangsa serta hak diskriminasi sesuatu kaum. Parti politik pemerintah, pembangkang, badan bukan kerajaan serta individu-individu berkepentingan semuanya berusaha untuk menjadi juara akan hal ini supaya terus mendapat sokongan dari penyokong masing-masing.

3. Kenyataan Perdana Menteri juga dipanaskan lagi oleh media bahawa beliau menyokong Waytha. Hanya mereka yang bijak menilai dapat memahami maksud Perdana Menteri dan faham akan hala tuju beliau iaitu maksud tersirat akan keutamaan sesuatu perkara bagi negara atau bangsa buat masa kini. Supaya orang Melayu tidak terus menerus berhabisan masa dan tenaga di dalam isu ICERD.

- Advertisement -

4. Tiada kesepakatan juga di dalam Pakatan Harapan. PKR menyokong ICERD. Amanah melalui Menteri Wilayahnya juga menyatakan bahawa ketuanan Melayu tidak relevan dengan konsep Islam. Parti Bersatu yang merupakan parti penduduk pribumi, menentang isu ICERD. DAP diam seribu bahasa. ‘Menang atau kalah’ di dalam isu ini DAP tetap kuat dan bijak di dalam percaturan pengaruh politik dan ekonomi Malaysia. Kekuatan ekonomi bangsa Cina di Malaysia adalah unggul. Kita sedari majoriti dari mereka menyokong PH, melalui DAP.

5. Pakatan Harapan seharusnya bersama-sama mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini. Bukan hanya kenyataan berasingan dari setiap parti, setiap sayap parti. Ianya dilihat berserabut. PH melalui Majlis Presiden harus mengeluarkan satu kenyataan berkenaan ICERD. Rakyat memerhati. PH belum lagi mampu menunaikan kesemua manifesto. Rakyat sudah mula berbunyi. Nada yang tidak sama seperti sebelum PRU14. Mereka melihat perbezaan BN dan PH. PH bertelagah di dalam isu-isu sesama parti komponen. BN mereka mampu tunduk kepada keputusan ‘abang long UMNO’ untuk mencapai kesepakatan. Ia dilihat lebih stabil. Cuma kesilapan 1MDB, salah guna kuasa dan rasuah berleluasa yang membawa padah kepada BN.

6. Perdana Menteri lebih memberi keutamaan kepada menyelesaikan isu kestabilan negara. 60 tahun yang lalu beliau telah memperjuangkan bangsa Melayu. Sebelum ICERD. Sebelum kita dilahirkan. Namun kini bangsa Melayu tetap ‘layu’.

- Advertisement -

7. Bangsa Melayu tidak mampu mendiami bandar. Bandar-bandar baharu semuanya dibangunkan dan didiami oleh bangsa bukan Melayu. Aktiviti ekonomi setempat dikuasai oleh bukan orang Melayu. Menurut Perdana Menteri, ia tidak melambangkan bandar Malaysia kerana hanya ada satu kaum sahaja yang mendominasi.

8. Oleh kerana harga yang mahal di bandar, orang Melayu berpindah ke pinggiran bandar. Maka apabila di pinggiran bandar itu maju dan dibangunkan lagi, maka kos kehidupan akan menjadi mahal lagi, dan orang Melayu akan terus berpindah ke tempat lain dan lama-kelamaan, orang Melayu akan tinggal di dalam hutan, kata-kata Perdana Menteri dengan nada jenaka ini masih bermain-main difikiran. Tetapi sebenarnya ini adalah fakta yang kita dapat lihat sendiri kini.

9. Tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu tiada nilai kerana di luar bandar. Hartanah bukan melayu bernilai jutaan malah bilion ringgit di penempatan utama. Kemajuan ini akan terus merebak, dan seterusnya tanah-tanah murah orang Melayu akan dibeli oleh bangsa bukan Melayu untuk dijadikan bandar. Di mana kita pada era itu ?

9. Perdana Menteri tidak mampu lagi untuk memainkan peranan sebagai jaguh orang Melayu seperti di UMNO dahulu kerana faktanya orang Melayu sememangnya lemah kini. 60 tahun berjuang akan ketuanan Melayu, ianya tidak berjaya. Orang Melayu tidak beramanah, tidak bekerja kuat dan tidak berdisiplin.

10. Menurut Perdana Menteri, orang Melayu tidak lagi boleh untuk memarahi bangsa lain yang lebih maju dari mereka. Kita tidak boleh membenci orang yang lebih kuat bekerja dari kita. Orang bukan Melayu tidak pernah diberi ‘tongkat’ atau dalam erti kata lain bantuan atau perlindungan. Tetapi mereka lebih berjaya.

11. Kembali kepada nasihat Perdana Menteri, akan kita ulangi bersama nasihat ini untuk generasi anak muda bangsa kita. Inilah perjuangan yang harus kita pegang kini. Hingga bangsa kita terus maju. Orang melayu harus rajin bekerja, amanah dan berdisiplin (mengawal nafsu).

Razz – Kekuatan diperoleh, bukan diminta.

President of Malaysian Professional Association
Timbalan Ketua Bahagian PPBM Johor Bahru

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img