KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik Mohd Hassan Ahmad sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 26 September.
Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu berkata Mohd Hassan, yang memiliki Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) dari University of Manchester United Kingdom, juga adalah pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd.
FGV juga mengumumkan penamatan Datuk Siti Zauyah Md Desa sebagai Pengarah Lantikan Kerajaan berkuat kuasa 26 September.
“Sebelum penamatan itu, Siti Zauyah adalah Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif di FGV,” katanya.
— BERNAMA