Pengiktirafan itu adalah berdasarkan pengurusan berkualiti pemberian pinjaman dan biasiswa, pembayaran balik, program pembangunan insan dan proses-proses sokongan lain.

Penyerahan sijil MS ISO 9001:2015 dilaksanakan di Bangunan Dato Jaafar, Kota Iskandar di sini sebentar tadi daripada Ketua Seksyen Perkhidmatan Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS kepada Menteri Besar, Fauziah Sulaiman.

- Advertisement -

Kemudian diserahkan kepada Pengurus Besar YPJ, Ab. Han Ramin dan ini merupakan kali kedua YPJ menerima pensijilan ISO dan kali pertama memperoleh sijil MS ISO 9001:2010 pada 2008.

–UTUSAN ONLINE