spot_img
spot_img

Lupa dan masalah kewangan, kereta tiada cukai jalan

spot_img

KUALA LUMPUR: Sebanyak 915 kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak pelaksanaan Op Luxury di seluruh negara bermula 1 Julai lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pelbagai alasan diberi pemilik kenderaan antaranya terlupa dan masalah kewangan.

“Walaupun berlaku peningkatan pembayaran cukai jalan oleh pemilik kenderaan mewah, tetapi masih ramai yang gagal melunaskan.

- Advertisement -

“Sehingga semalam, ada 915 sitaan kenderaan mewah. Pemilik kenderaan mewah, sila perbaharui LKM segera kerana mereka dalam radar kami. Bila-bila masa kenderaan ini berada di jalan raya kita akan tahan dan sita,” katanya kepada selepas Op Pelbagai JPJ di Jalan Ampang di sini hari ini.

Tegas Muhammad Kifli, dalam isu ini harga setiap kenderaan dimiliki bernilai lebih RM300,000 dan mencetuskan persoalan sama ada harga cukai jalan tidak mampu dijelaskan pemilik.

Antara kenderaan yang dikesan iaitu Aston Martin, Ferrari dan Rolls Royce.

- Advertisement -

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semakan mendapati nilai tunggakan cukai jalan tertinggi membabitkan sebuah Lamborghini Huracan yang baru disita hari ini, berjumlah RM35,760 dan sebuah Audi A8 dengan tunggakan cukai jalan RM21,710.

JPJ turut menahan sebuah kenderaan mewah jenis Audi TT yang tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2021, selain mengesan sebuah lagi kenderaan mewah jenis BMW i7 mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

Tegas Aedy, JPJ akan memperkukuh pelaksanaan operasi berkenaan dan tidak lagi hanya mengeluarkan saman seperti sebelum ini.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img