spot_img
spot_img

KJ kembali ke Kabinet ?

spot_img

SHAH ALAM – Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan rombakan Kabinet pada bulan Disember, satu nama yang tidak asing lagi terus muncul, iaitu bekas Ketua Pemuda Umno yang dibuang negeri, Khairy Jamaluddin.

Menurut sumber yang dipetik dari MalaysiaGazette, rombakan yang akan datang dijangka menjadi salah satu yang paling komprehensif sejak pembentukan kerajaan Madani, dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan pasukan ekonomi, penyelarasan Kabinet dan penambahbaikan pelaksanaan dasar.

Bagi seorang sumber kanan parti dilaporkan berkata perubahan itu bukan sekadar hanya simbolik.

- Advertisement -

“Rombakan ini bukan kosmetik. Ia adalah pembaharuan struktur yang direka bentuk dengan teliti untuk memastikan pentadbiran yang lebih kecil, lebih cekap dan didorong oleh dasar,” kata sumber itu dilaporkan.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, kali terakhir berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dari 2021-2022, dijangka akan menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air – satu kebangkitan besar selepas disingkirkan oleh partinya sendiri iaiti UMNO.

Sumber mendakwa beliau akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar selepas tewas dalam pemilihan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun ini.

- Advertisement -

“Keputusan telah dimuktamadkan,” dakwa sumber dalaman itu.

Sementara itu, kepimpinan tertinggi Umno juga dikatakan sedang bersedia untuk mengembalikan keahlian parti Khairy selepas penyingkirannya sebelum ini.

Rombakan itu juga dijangka menyaksikan perubahan ketara dalam portfolio ekonomi, dengan Datuk Seri Johari Abdul Ghani diramalkan akan memimpin Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, menggantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kementerian Ekonomi dijangka digabungkan di bawah Kementerian Kewangan, kembali kepada struktur yang serupa dengan Unit Perancangan Ekonomi sebelumnya.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan juga dijangka dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menggantikan Datuk Ewon Benedick, yang baru-baru ini meletak jawatan. Beberapa timbalan menteri juga berkemungkinan akan ditugaskan semula sebagai sebahagian daripada pelarasan yang lebih kecil.

Beberapa senator yang sedang berkhidmat sebagai menteri juga dijangka akan diperbaharui penggal mereka untuk penggal kedua di Dewan Negara bagi mengekalkan kesinambungan pentadbiran.

Antaranya ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pemimpin muda juga sedang dipertimbangkan untuk dimasukkan, termasuk Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan perwakilan belia dalam pentadbiran.

Datuk Ruji Ubi dari Sabah juga merupakan antara nama yang dilaporkan sedang dipertimbangkan untuk mengisi kuota negeri dalam barisan baharu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagaimanapun, dijangka kekal dalam jawatannya sehingga sekurang-kurangnya 2026.

Terdahulu, Zambry telah membayangkan bahawa rombakan mungkin berlaku “dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang” semasa ucapan penutupnya di Festival Idea (FOI) 2025 di Putrajaya.

Penggal Senatornya sekarang tamat pada 2 Disember, selepas mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022.

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar sebelum menyandang portfolio Pendidikan Tinggi. Turut mengangkat sumpah pada hari yang sama ialah Saifuddin, Mohd Na’im dan Tengku Zafrul.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img