spot_img
spot_img

2026 : Bayar saman awal, diskaun 50%

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk menggantikan diskaun saman yang ditawarkan melalui program atau kempen khas yang ‘selalu’ diamalkan ketika ini dengan prinsip baharu dipanggil “The Less You Delay, The Less You Pay”, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Di bawah prinsip baharu itu, kadar kompaun akan lebih rendah jika pembayaran dibuat lebih awal, jelas Loke, sambil menambah pendekatan itu bertujuan menggalakkan pemandu untuk menjelaskan saman mereka dengan segera.

“Ini kerana diskaun berdasarkan promosi adalah tidak adil kepada mereka yang bertanggungjawab dan membayar saman mereka lebih awal,” katanya pada sidang media bersama KDN di bangunan Parlimen hari ini.

- Advertisement -

Struktur pengurangan kompaun baru adalah seperti berikut:

1–15 hari: pengurangan 50 peratus
16–30 hari: pengurangan 33 peratus
31–60 hari: Kadar kompaun penuh (tiada pengurangan)
61 hari dan ke atas: Tindakan mahkamah / senarai hitam.

Walau bagaimanapun, kadar insentif ini tidak akan digunakan untuk kesalahan tidak boleh kompaun seperti memandu tanpa insurans, tanpa Lesen Kenderaan Bermotor (LKM), atau mempamerkan LKM palsu.

- Advertisement -

Loke berkata, dalam tempoh peralihan itu, orang ramai boleh menyelesaikan saman boleh kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia ada pada kadar dikurangkan antara 50 dan 70 peratus mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.

“Selepas tempoh ini, prinsip ‘The Less You Delay, The Less You Pay’ akan dikuatkuasakan sepenuhnya, dan tiada pengurangan akan ditawarkan untuk saman yang tidak dibayar dalam tempoh 60 hari,” katanya.

Orang ramai boleh menyemak dan membuat pembayaran melalui portal MySIKAP, aplikasi MyJPJ, aplikasi MyBayar PDRM, dan semua kaunter JPJ, kiosk atau saluran pembayaran PDRM.

“Saya menyeru semua pengguna jalan raya untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum 30 Disember 2025, dan untuk menyertai usaha dalam memupuk budaya pemanduan yang bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat,” tambah Loke.

Pada masa ini, kerajaan telah mengenal pasti perbezaan kadar kompaun dan kaedah penguatkuasaan antara JPJ dan PDRM sehingga menimbulkan kekeliruan dan persepsi ketidakselarasan dalam penguatkuasaan undang-undang.

Bagi menanganinya, Loke berkata Kabinet, pada 17 Oktober, memutuskan untuk menyeragamkan kadar kompaun dan kaedah penguatkuasaan bagi memastikan keseragaman dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di seluruh negara.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img