spot_img
spot_img

Contohi Mesyuarat ASEAN 1998

spot_img

16 Okt Kuala Lumpur : Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan pengamal undang-undang, Datuk Mohd Zaid bin Ibrahim mempersoalkan kewajaran kerajaan Madani memilih ibukota Kuala Lumpur sebagai pusat utama mesyuarat ASEAN pada 26 & 27 Oktober ini.

Menurutnya, Kuala Lumpur merupakan pusat aktiviti komersial utama yang akan ‘dilumpuhkan’ kerana kehadiran para pemimpin ASEAN serta beberapa buah negara utama dunia, dengan alasan keselamatan.

”Puluhan ribu pelajar terpaksa mengambil kelas online walaupun kini musim peperiksaan ?”, soal beliau yang mengkritik akan penutupan jalan-jalan penting semasa ASEAN berlangsung.

- Advertisement -

Putrajaya seharusnya dijadikan pilihan untuk mengelak berlakunya kerugian berjuta ringgit akibat penutupan Kuala Lumpur. Zaid juga memberi contoh Persidangan ASEAN pada tahun 1998 di Putrajaya dahulu yang menurutnya cemerlang dan sangat berjaya.

“Bukankah Anwar kuat menentang lock down Muhyiddin Yassin semasa Covid dahulu ? Tetapi sekarang Anwar melakukan perkara yang sama. Bukankah Anwar sentiasa berkata rakyat didahulukan ?”, ujarnya secara sinis.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img