spot_img
spot_img

Nilai kontrak HeiTech Padu projek NIISe naik kepada RM1.05 bilion

spot_img

KUALA LUMPUR: Nilai kontrak HeiTech Padu Bhd bagi projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) disemak semula kepada RM1.05 bilion daripada RM892.19 juta sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penyedia perkhidmatan teknologi itu memaklumkan bahawa ia telah menerima pindaan kontrak berkenaan.

“Dengan tiada sebarang halangan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan seterusnya sehingga kontrak tersebut selesai,” kata HeiTech Padu.

- Advertisement -

Pada 18 Oktober 2024, syarikat itu telah dianugerahkan kontrak NIISe oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Kontrak berkenaan merangkumi kajian, cadangan, mereka bentuk, pembangunan, pembekalan, penghantaran, pemasangan, ujian, integrasi, memindahkan dan penyelarasan data, pentauliahan, pelaksanaan pengurusan perubahan serta latihan berkaitan projek NIISe.

 

- Advertisement -

 

Sumber – BERNAMA

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img