spot_img
spot_img

Kerajaan target RM200juta sektor homestay sempena Visit Malaysia 2026

spot_img

PUTRAJAYA, 6 Okt — Kerajaan menyasarkan sektor home stay menjana pendapatan sehingga RM200 juta tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan berhasrat menjadikan homestay tempatan sebagai kebanggaan negara dan simbol layanan rakyat Malaysia.

Homestay adalah nadi yang menghubungkan pelancong dengan masyarakat luar bandar. Mereka bukan sahaja menjana pendapatan tetapi juga memelihara budaya, mengukuhkan perpaduan dan membuka peluang baharu kepada generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program homestay hari ini.

- Advertisement -

Ahmad Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah berkata mesyuarat itu meninjau pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) sempena VM2026, menekankan usaha promosi dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan bagi menarik lebih ramai pelancong menginap di inap desa.

Sehingga Ogos, katanya, PPHM telah menjana pendapatan lebih RM39.83 juta dan menerima lebih 620,000 pengunjung di seluruh negara, dengan Sabah, Johor dan Pahang mencatatkan jumlah tertinggi.

Ahmad Zahid berkata bagi mengukuhkan lagi sumbangan sektor inap desa kepada ekonomi negara, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah strategik, termasuk penyediaan lebih 12 skim pembiayaan dan geran kepada pengusaha melalui agensi kerajaan.

- Advertisement -

Beliau berkata inisiatif ini bukan sahaja membolehkan pengusaha meningkatkan kualiti premis mereka dan memperkayakan pengalaman pengunjung, tetapi juga meningkatkan daya saing dan memastikan kelestarian produk pelancongan berasaskan komuniti di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Oleh itu, pengusaha digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan ini bagi membantu industri home stay terus berkembang, menambah nilai kepada pelancongan luar bandar, dan membawa manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga telah meluluskan lebih RM1.1 juta untuk menaik taraf jalan masuk luar bandar dan kemudahan komuniti bagi menyokong ekosistem homestay, serta memperkenalkan pakej pelancongan pendidikan yang menyasarkan pelajar dari Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Singapura dan Indonesia.

“Program pertukaran pelajar juga sedang diperluaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi edu-pelancongan terkemuka di rantau ini, termasuk melalui kerjasama dengan institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Maktab Rendah Sains MARA,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pemasaran dan promosi homestay di peringkat antarabangsa juga dijalankan melalui misi jualan, pameran dan seminar di pasaran sasaran seperti Indonesia, China, Korea Selatan, Jepun, Vietnam dan New Zealand.

Kerajaan turut memperkasakan pengusaha homestay wanita melalui program JELITA TVET dan Latihan Operasi Homestay yang dijalankan oleh Institut Kemajuan Luar Bandar (INFRA), yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 dalam keusahawanan homestay.

 

 

 

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img