spot_img
spot_img

Kerajaan terus bantu wanita di industri Halal

spot_img

Ipoh 7 September :Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Dewan Armada Utama, Politeknik Bagan Datuk, Perak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Dr.Noraini Ahmad berkata, ini satu program yang cukup bermakna kerana ia memberi ruang kepada wanita untuk terus menyerlahkan potensi, bukan sekadar diiktiraf sebagai tulang belakang masyarakat, tetapi juga sebagai penggerak utama pembangunan negara.

- Advertisement -

“Di dalam sesi bual bicara, saya turut berkongsi tentang Women in Halal Industry (WHI) di bawah Halal Development Corporation Berhad (HDC).

“Ianya merupakan sebuah inisiatif yang membuka peluang besar kepada wanita untuk terlibat secara aktif dalam industri halal, sama ada sebagai usahawan, tenaga profesional mahupun peneraju kepimpinan.

“Melalui WHI, wanita bukan sahaja berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, malah dapat memperkukuh kedudukan mereka dalam sektor halal yang terus berkembang pesat di peringkat global.

- Advertisement -

“Inilah ruang yang akan memberi manfaat besar, bukan sekadar kepada wanita itu sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan negara,” jelas Noraini.

Noraini mengucapkan syabas dan tahniah kepada hampir 1,000 orang usahawan wanita yang hadir memenuhi dewan, datang dengan semangat tinggi bersama tekad untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan memperkukuh jaringan kerjasama.

“Kehadiran anda membuktikan bahawa wanita sedia melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, kerajaan berhasrat meletakkan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) di bawah Suruhanjaya Halal Malaysia yang bakal ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini HDC diletakkan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurutnya, semua perjawatan di dalam HDC juga akan diserap ke dalam suruhanjaya berkenaan.

“Kabinet secara dasarnya telah bersetuju supaya Suruhanjaya Halal Malaysia diwujudkan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Saya berazam untuk meletakkan semua perjawatan HDC di dalam Suruhanjaya Halal Malaysia,” katanya.

Beliau menyempurnakan Program Pemerkasaan Wanita dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Armada Utama Politeknik Bagan Datuk semalam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img