spot_img
spot_img

Pekerja gig dilindungi oleh undang-undang

spot_img

Parlimen 28 Ogos – Pekerja gig akan diiktiraf kedudukannya di sisi undang-undang dan dilindungi dengan jaminan sosial yang lebih sistematik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat merupakan manifestasi jelas kerajaan tidak membiarkan pekerja gig terus berada di pinggiran tanpa perlindungan sosial dan hak yang sah.

“Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kita telah menyaksikan satu detik bersejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.

- Advertisement -

“Kelulusan ini menandakan komitmen kerajaan untuk memastikan lebih 1.2 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam ekonomi gig mendapat perlindungan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, RUU Pekerja Gig 2025 yang bakal membolehkan lebih 1.2 juta pekerja sektor itu mendapat hak rundingan gaji dan syarat kerja, diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Selepas tujuh tahun digubal, undang-undang itu akhirnya diluluskan setelah dibahaskan oleh 23 anggota Dewan Rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkang.

- Advertisement -

RUU itu meraih sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, tindakan pembangkang yang disifatkan keliru dengan perincian cadangan akta berkenaan apabila tidak meletakkan pekerja sektor terbabit sebagai keutamaan.

 

 

Sumber : Sinar Harian

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img