spot_img
spot_img

Program BRAVE bantu 2 syarikat bumiputera untuk disenarai BSKL

spot_img

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua syarikat bumiputera disasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa 15 syarikat berprestasi tinggi akan disenarai pendek di bawah program BRAVE (Bumiputera Rapid Acceleration in Value Enhancement), dengan lima menerima bimbingan intensif sebagai sebahagian daripada persediaan untuk penyenaraian.

“Harapan saya ialah sekurang-kurangnya dua daripada syarikat ini akan berjaya ke Bursa menjelang akhir tahun. Kita mesti menyasarkan tinggi,” katanya ketika melancarkan program Brave di sini pada Isnin (28 Julai).

- Advertisement -

Ucapan Ahmad Zahid dibacakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ahmad Zahid berkata program Brave dilancarkan untuk menyediakan pembiayaan alternatif sehingga RM1 juta untuk syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.

Ia juga akan memperkenalkan pembinaan kapasiti yang komprehensif untuk memastikan syarikat tidak hanya kekal bertahan tetapi boleh melangkah lebih jauh.

- Advertisement -

“Brave adalah pengubah permainan (game changer) dalam membina semula ekosistem keusahawanan Bumiputera,” kata Ahmad Zahid, sambil menambah ini boleh membantu syarikat-syarikat ini beralih daripada hanya menerima bantuan kepada mencipta kekayaan.

Beliau mengakui bukan mudah untuk sesebuah syarikat itu disenaraikan secara terbuka, bagaimanapun menyatakan sokongan daripada kerajaan dan kerjasama strategik dengan sektor swasta boleh menjadikan proses ini lebih lancar.

“Kita mempunyai kemudahan dan kebolehan. Kita hanya perlu berani dan mengorak langkah ke hadapan. Dengan strategi yang betul dan minda terbuka, BRAVE bukan sahaja akan mewujudkan syarikat tersenarai awam tetapi juga ikon yang boleh memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

Brave merupakan inisiatif baharu kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PUTRA 35) di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Program Brave menyasarkan 15 syarikat untuk menerima manfaat. Sepuluh daripadanya disasar naik skala daripada perusahaan kecil kepada sederhana, manakala lima lagi ke tahap lebih besar atau bersedia untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Brave akan dilaksanakan menerusi tiga komponen utama iaitu pembangunan kapasiti syarikat, pembiayaan sehingga RM1 juta, serta pemantauan berterusan oleh SME Corp.

Usaha itu selari dengan tumpuan kementerian KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) untuk membina laluan pertumbuhan lebih sistematik bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Bumiputera.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img