spot_img
spot_img

Langkah Trump rugikan ekonomi AS sendiri

spot_img

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan China sebagai jiran selama “hampir 2,000 tahun,” oleh itu menurut beliau, negara-negara di Asia Tenggara perlu mengukuhkan hubungan dengan Beijing dan bukannya tunduk kepada taktik perang perdagangan Presiden Donald Trump yang mengenakan tarif perdagangan yang tinggi untuk barang-barang yang diekspot ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam temu bual dengan Mishal Husain dari Bloomberg, ahli politik yang berusia 100 tahun semalam melukis China sebagai kuasa serantau yang berkebajikan sambil memberi amaran bahawa dasar perlindungan Trump akhirnya akan merosakkan AS sendiri berbanding negara-negara yang dikenakan tarif tinggi lain.

Tun Dr Mahathir membezakan pendekatan China dengan penjajahan Eropah, dengan menyatakan: “Sikap China berbeza daripada Eropah. Orang Cina mungkin (pernah) menyerang, tetapi mereka tidak menjajah.”

- Advertisement -

Tun Dr Mahathir mengulas akan sejarah dahulu bagaimana orang Portugis, apabila mereka berdagang di Tanah Melayu pada tahun 1509, dua tahun kemudian mereka menaklukinya, menurut belia inilah yang membezakan antara empayar China dan Barat.

Apabila ditanya apakah yang akan beliau beritahu Trump secara berdepan mengenai dasar perdagangannya, Tun Dr Mahathir menyampaikan pendapat yang terus terang: “Saya akan memberitahunya bahawa dia salah. Strateginya salah. Ia akan merosakkan AS lebih daripada seluruh dunia.”

Beliau berhujah bahawa industri AS yang beroperasi di luar negara “tidak boleh kembali ke AS dalam jangka pendek,” dan ini bermakna AS akan terus mengimport produk sambil membayar tarif yang lebih tinggi.

- Advertisement -

Tambah beliau lagi, daripada tunduk kepada tuntutan Washington, Tun Dr Mahathir menyokong kepelbagaian ekonomi: “(Bukan) Seluruh dunia mengenakan tarif yang tinggi. Jadi kita harus meningkatkan perdagangan kita dengan seluruh dunia (negara-negara lain). Dengan China, sebagai contoh.”

Beliau mencadangkan bahawa negara-negara dunia lain boleh “mengurangkan kesan tarif tinggi Trump dengan mengelakkan dari berdagang dengan AS” dan mengukuhkan hubungan dengan rakan dagangan lain.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img