spot_img
spot_img

Air Asia beli 50 pesawat Airbus

spot_img

PARIS: Pemeteraian perjanjian antara AirAsia dan Airbus untuk pembelian pesawat A321XLR akan mengukuhkan lagi keupayaan operasi syarikat penerbangan itu untuk laluan jarak dekat dan sederhana, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

(Sidang media Perdana Menteri bersama Presiden Perancis  Emmanuel Macron)

- Advertisement -

Bercakap selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu di sini pada Jumaat, Anwar berkata pengambilalihan itu bukan sahaja membolehkan syarikat penerbangan itu mengembangkan rangkaiannya tetapi juga menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab penerbangan terkemuka di Asia.

AirAsia memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Airbus di Paris hari ini untuk 50 A321XLR dengan hak penukaran untuk 20 A321XLR lagi.

Perjanjian itu bernilai AS$12.25 bilion (RM51.72 bilion) dengan penghantaran disahkan menjelang 2028.

- Advertisement -

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata armada baharu itu disasarkan untuk berkhidmat di Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah, antara lain.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke ibu negara Perancis sempena lawatan rasmi dua hari ke negara itu.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img