Lucy Guo, 30, ialah seorang usahawan teknologi China-Amerika. Dia telah menjadi jutawan wanita hasil titik peluh sendiri termuda di dunia, menurut ranking Forbes 2025, dengan anggaran kekayaan $1.3 bilion.
Minat dengan teknologi dari zaman kanak-kanak
Dilahirkan pada 14 Oktober 1994, di Fremont, California, Amerika Syarikat, Lucy Guo dibesarkan dalam keluarga pendatang dari China, ibu bapanya merupakan jurutera elektrik. Dia mula aktif dengan coding pada usia 7 tahun dan, sebagai seorang remaja, membangunkan bot untuk permainan dalam talian seperti Neopets, mengembangkan kemahirannya dengan menjual barangan secara maya.
Dia kemudiannya mendaftar di Universiti Carnegie Mellon untuk belajar sains komputer, tetapi berhenti separuh jalan pada tahun 2014 selepas menerima $100,000 Thiel Fellowship, yang direka untuk menggalakkan usahawan muda untuk meneruskan projek mereka di luar pendidikan universiti tradisional.
Pengasas bersama Scale AI
Selepas berkhidmat di Facebook dan Snapchat, tempat dia menjadi pereka applikasi wanita pertama, Lucy Guo menyertai Quora. Di sanalah dia bertemu dengan Alexandr Wang, di mana mereka bersama mengasaskan Scale AI pada 2016. Syarikat itu, yang pakar dalam pelabelan data untuk kecerdasan buatan, mengalami pertumbuhan pesat. Walaupun Lucy Guo meninggalkan syarikat itu pada 2018 berikutan perselisihan faham, dia mengekalkan 5% kepentingan, kini bernilai kira-kira $1.2 bilion.

(Alexandr Wang)
Pengasas Passes
Pada tahun 2022, Lucy Guo melancarkan Passes , platform penghasilan kewangan untuk pencipta kandungan, meletakkan dirinya sebagai alternatif yang lebih mesra pengguna berbanding OnlyFans. Platform ini membolehkan pencipta menyimpan sehingga 90% daripada hasil mereka dan dia berjaya mengumpul dana pusingan Siri A seabnyak $40 juta pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, pada tahun 2025, Passes menghadapi tuduhan mahkamah yang mendakwa pengedaran kandungan tidak sesuai yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur. Lucy Guo menafikan sebarang penglibatan dan memanggil tuntutan mahkamah itu sebagai “percubaan pemerasan ugut.”
Tokoh teknologi generasi baharu
Lucy Guo tinggal di antara Miami dan Los Angeles. Dia terkenal kerana berulang-alik dengan papan laju elektriknya, mengumpul kad Pokémon dan menghadiri acara aktiviti malam. Dia mengekalkan disiplin kerja yang ketat, sering bekerja sehingga tengah malam dan bersenam setiap hari.
Lucy Guo melengkapkan generasi baharu usahawan teknologi wanita: berdikari, berani dan tegas. Perjalanannya daripada programmer muda kepada seorang billionaire menggambarkan transformasi pesat landskap teknologi dan keusahawanan hari ini.

















