Singapura, 15 Januari 2025 – Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara, dan BYD telah mengumumkan perkongsian serantau untuk meluaskan akses kepada 50,000 kenderaan elektrik (EV – electric vehicle) BYD kepada rakan kongsi pemandu Grab di seluruh Asia Tenggara, sambil meningkatkan ketersediaan kenderaan hijau kepada pengguna Grab.
Di seluruh Asia Tenggara, kos pendahuluan atau deposit yang tinggi merupakan penghalang utama untuk penggunaan dan pemilikan EV. Melalui perkongsian ini, Grab dan BYD berusaha untuk meningkatkan penggunaan EV di sektor pengangkutan di Asia Tenggara dengan menyediakan rakan kongsi pemandu Grab akses dengan kenderaan BYD pada kadar paling kompetitif, dengan jaminan lanjutan pada bateri kenderaan EV. Pemandu akan mempunyai pilihan untuk menyewa EV daripada rakan kongsi armada Grab atau memilih untuk mendapatkan sokongan pembiayaan melalui skim pemilikan kereta Grab. Perkongsian itu menyokong komitmen Grab untuk membantu rakan kongsi pemandu mempercepatkan peralihan kepada mod pengangkutan sifar pelepasan karbon. Di negara seperti Singapura dan Thailand, pengguna Grab juga boleh memilih untuk “Perjalanan Mesra Alam”, yang akan mengutamakan penggunaan kenderaan hijau tanpa caj tambahan.
Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Grab sebagai penyedia pengangkutan atas permintaan terkemuka di Asia Tenggara dan memajukan peralihan kepada kenderaan elektrik di rantau ini. BYD, sebagai pengeluar kenderaan tenaga baharu yang terkemuka di dunia, akan mengintegrasikan teknologi kami dengan Grab, dan kami berharap kerjasama ini memberikan pengalaman unik serta kepada pengguna kami. Matlamat membina ekosistem sifar pelepasan karbon dan kami komited untuk menyokong armada dan rakan pemandu Grab melalui kerjasama ini, demi untuk merealisasikan visi menyejukkan bumi.
BYD dan Grab juga akan bekerjasama untuk memudahkan integrasi IoT yang mendalam antara kenderaan dan platform serta perkhidmatan Grab. Melalui kerjasama ini, Grab berhasrat untuk mencapai:
- Perjalanan yang lebih selamat dan pengalaman pemanduan yang lebih intuitif untuk rakan kongsi pemandu: Dengan memasang aplikasi pemandu Grab yang tersedia dalam unit kepala kenderaan BYD, pemandu akan dapat melihat pemesanan, navigasi dan chat mereka semua sekali imbas pada skrin yang lebih besar, dan bukannya perlu scroll ke sana ke mari pada telefon pintar mereka.
- Data penderia dan telemetri daripada kenderaan BYD juga akan disepadukan terus ke dalam platform Grab, memberikan pandangan masa nyata tentang corak dan tabiat pemanduan pemandu, yang boleh digunakan oleh Grab untuk memberi panduan kepada pemandu tentang cara memperbaiki tingkah laku pemanduan mereka.
- Kebolehpercayaan yang dipertingkatkan: Dengan data seperti isyarat pengelap dan penghantaran kelajuan perjalanan ke dalam platform Grab dalam masa nyata, Grab akan dapat membuat kesimpulan dengan lebih cepat dan tepat keadaan luaran seperti cuaca dan trafik. Data ini, apabila dimasukkan semula ke dalam algoritma Grab kemudiannya digunakan untuk membimbing pemandu ke arah kawasan yang berkemungkinan terdapat permintaan yang lebih besar untuk tunggangan, memastikan terdapat pemandu yang mencukupi untuk memenuhi lonjakan tempahan penumpang.
- Data lokasi masa nyata daripada kenderaan BYD juga akan meningkatkan lagi ketepatan sistem hujung belakang Grab dalam memperoleh anggaran masa ketibaan (ETA) yang lebih tepat untuk perjalanan.
- Navigasi dan penghalaan yang lebih baik: Kedua-dua syarikat menyasarkan untuk memanfaatkan data dan perkhidmatan peta hiperlokal Grab untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar dan cekap untuk pemandu BYD. Kerjasama ini juga boleh membolehkan Grab mengumpul data jalan raya dan trafik yang berharga daripada kenderaan, yang berpotensi meningkatkan perkhidmatan pemetaannya.
Perkongsian ini merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, dan meliputi pelbagai model termasuk kereta DENZA D9, BYD ATTO3, BYD SEAL dan BYD M6. Grab berhasrat untuk DENZA, jenama kenderaan elektrik premium daripada BYD, menjadi asas kepada armada GrabExecnya yang menampilkan MPV elektrik tujuh tempat duduk mewah DENZA D9. Kenderaan ini direka bentuk dengan ciri-ciri terkini, untuk menawarkan keselesaan dan kemewahan yang tiada tandingan. Dengan menyepadukan DENZA D9 ke dalam kumpulannya, Grab menyasarkan untuk menetapkan piawaian baharu dalam pengangkutan eksekutif, berpaksikan kepada kemudahan, gaya dan kemampanan.
Chuck Kim, Pengarah Urusan, Pembangunan Perniagaan Kumpulan, Grab, berkata, “Pertumbuhan mampan di Asia Tenggara adalah keutamaan bagi kami dan kami sentiasa mencari untuk menambah baik tawaran kami kepada rakan kongsi pemandu kami dan pengguna Grab. Kerjasama ini membolehkan kami memacu peralihan kepada EV ke hadapan dengan mengurangkan halangan kewangan yang sering dikaitkan dengan EV, dan dalam jangka masa panjang kami mungkin memberi manfaat ekonomi kepada rakan kongsi kami. Rakan kongsi yang boleh dipercayai seperti BYD yang komited untuk menyampaikan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti tinggi membolehkan kami mempamerkan faedah EV dan menjadikan pengangkutan hijau sebagai pilihan yang boleh diakses oleh semua orang.”
Sumber : Grab