Jakarta 27 April: MARA Corporation (MARA Corp) melalui anak syarikatnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menjalin kerjasama strategik pendidikan TVET dengan Indonesia.
Pertukaran Surat Hasrat antara UniKL dan Education Malaysia Global Services bersama Pemerintah Provinsi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta serta Sumatera Barat telah berlangsung hari ini di Hotel Grand Hyatt, Jakarta Indonesia.
Majlis itu disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kerjasama ini akan membuka jalan kepada pelaksanaan program seperti penilaian pelajar, pemindahan kredit, mobiliti pelajar, penyelidikan bersama serta program Ulul Albab Huffaz TVET Minangkabau.
Ini bertujuan untuk melahirkan generasi holistik, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global.
Dalam kenyataan bersama, MARA Corp akan terus komited memperkasakan peranan UniKL sebagai duta TVET negara dalam mengangkat martabat pendidikan tinggi Malaysia ke persada antarabangsa