KUALA LUMPUR – Bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan, berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Raja Malaysia, semasa Istiadat Penyampaian Alat Pelantikan di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini hari ini.
Pada majlis itu, Rahim, 84, turut dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Pelantikan Ramli sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk tempoh empat tahun, bermula dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.
Beliau mengambil alih jawatan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2021.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Presiden Dewan Negara Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ramli sebelum ini memegang beberapa jawatan penting di peringkat persekutuan dan negeri, termasuk berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak yang kelapan selama 17 tahun, dari 1982 hingga 1999.
Sumber – BERNAMA