spot_img

Angelina Jolie bimbang krisis kemanusiaan di Palestine

spot_img

ISTANBUL, 21 April — Pelakon Hollywood, Angelina Jolie mengesahkan sokongannya terhadap Gaza dengan berkongsi laporan Doctors Without Borders mengenai krisis kemanusiaan menerusi story Instagram.

Dalam catatan yang dikongsi oleh Jolie – yang berkhidmat selama lebih dua dekad sebagai duta muhibah dan utusan khas untuk UNHCR, agensi pelarian PBB – organisasi kemanusiaan itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “kubur besar untuk rakyat Palestin dan (kubur) yang membantu mereka,” Anadolu Ajansi melaporkan.

“Ketika tentera Israel menyambung semula dan meluaskan serangan ketenteraan mereka melalui udara, darat dan laut di Semenanjung Gaza, secara paksa memindahkan orang ramai dan sengaja menghalang bantuan penting, nyawa rakyat Palestin sekali lagi dimusnahkan secara sistematik,” katanya.

- Advertisement -

The actress shared this post on her Instagram stories.

Hantaran itu berkata serangan maut Israel menimbulkan ancaman jelas kepada keselamatan bantuan kemanusiaan dan pekerja penjagaan kesihatan di Gaza. Ia menyeru pihak berkuasa Israel untuk segera menarik balik kepungan yang tidak berperikemanusiaan dan maut di Gaza dan untuk melindungi nyawa rakyat Palestin, serta kakitangan kemanusiaan dan penjagaan kesihatan.

Kenyataan itu juga menyatakan harapan untuk mewujudkan semula gencatan senjata.

- Advertisement -

Lebih 51,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza dalam serangan kejam Israel sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

 

 

Sumber — Bernama-Anadolu

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img