GOMBAK, 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak sebarang kemungkinan menaikkan cukai sebagai satu cara untuk meningkatkan pembiayaan pendidikan, ketika beliau berucap kepada pelajar universiti yang inginkan pengesahan Putrajaya untuk melakukan pembaharuan kepada pendidikan awam.
Anwar sebaliknya berkata universiti awam mesti “kreatif” dalam mencari jalan untuk membiayai diri mereka sendiri.
Kerajaan Anwar dilaporkan sedang mempertimbangkan sistem berasaskan pendapatan yang akan mengenakan bayaran tuisyen kepada keluarga yang lebih kaya, walaupun bila ia merancang untuk melancarkannya masih tidak jelas.
“Di negara ini universiti awam hampir sepenuhnya bergantung kepada pembiayaan kerajaan, dan kerajaan bermaksud pembayar cukai,” katanya menjawab seorang pelajar pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang bertanya sama ada kerajaan boleh meningkatkan bantuan untuk sistem pendidikan tinggi awam.
“Kerajaan bermakna ibu bapa anda dan keluarga anda perlu membayar lebih, dan saya tidak bersedia untuk menaikkan cukai untuk mereka kerana ia akan menyukarkan mereka.”