spot_img

Kerjasama TVET negara diperluas ke antarabangsa

spot_img

JABATAN Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengadakan perbincangan lanjut dalam memperluas potensi kerjasama dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Rusia.

Kerjasama tersebut meliputi kepakaran dalam beberapa bidang yang terdiri daripada teknologi makanan, peranti perubatan, maritim dan penyelenggaraan pesawat. Pertemuan ini adalah bersempena Persidangan IT Purple 2025 yang berlangsung pada 15 Mac 2025 di Moscow.

Pertemuan tersebut diwakili oleh Ketua JPPKK, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail; Pengarah Kanan (Kompetensi), Abdul Razak Sabtu dan Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Dr. Norhayati Ibrahim yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).

- Advertisement -

JPPKK turut berkongsi tentang peranan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) dalam TVET di Malaysia. JPPKK juga mengadakan lawatan ke Institut Fizik dan Teknologi Moscow (MIPT) yang merupakan antara universiti terbaik di Rusia dan telah melahirkan beberapa tokoh penerima Nobel Laureates serta angkasawan.

Ketika lawatan, JPPKK juga telah bertemu dengan Raigorodskii Andrei M., Pengarah di School of Applied Mathematics and Informatics bagi menjalin kerjasama untuk memperkasa TVET dengan membuka peluang kepada tenaga pengajar di POLYCC menjalani kursus di universiti tersebut.

 

- Advertisement -

 

Sumber – UTUSAN

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img