spot_img

Pengurup wang ditahan berhubung kes berkaitan bekas Perdana Menteri

spot_img

(19 Mac): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum membebaskannya selepas didapati mengalami masalah jantung.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan, namun mengadu mengalami masalah jantung.

Katanya, suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan menghidap jantung embolisme dan dibebaskan untuk rawatan lanjut.

- Advertisement -

Sementara itu, Azam berkata proses merakam kenyataan Ismail Sabri mungkin mengambil masa beberapa sesi lagi sebelum ia selesai.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih terdapat beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka.

Petang tadi, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merekodkan kenyataan kesnya yang berlangsung lebih enam jam.

- Advertisement -

Sumber SPRM mengesahkan proses merakam kenyataan Ismail Sabri bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya akan diteruskan pagi Khamis.

Beliau disiasat atas dakwaan penyelewengan berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img