spot_img

Suke TV belum bankrupt

spot_img

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pemilik Suke TV, Datuk AC Mizal, menolak andaian ramai bahawa stesen televisyen itu bakal berdepan dengan penutupan operasinya tidak lama lagi.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 54, stesen itu masih beroperasi seperti biasa dan bakal menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan ramai.

“Suke TV berjalan seperti biasa, belum bankrap dan masih beroperasi seperti biasa.

- Advertisement -

“Akan ada berita gembira tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sudah tiga tahun, banyak perancangan yang akan dilakukan selepas ini,” katanya.

Menurut AC, sudah menjadi adat dalam berniaga akan ada pasang surutnya namun itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan usaha mengembangkan stesen tersebut.

Jelasnya dia juga tidak mahu terlalu terburu-buru dalam melakukan sesuatu projek.

- Advertisement -

“Asam garam perniagaan itu ada, turun naik pun ada tapi kami uruskan dengan sebaik mungkin.

“Kadang kala perniagaan ini memerlukan perancangan yang betul, saya tak nak hebahkan tetapi semuanya terbengkalai.

“Disebabkan kami bersaing dengan stesen televisyen lain kami kena lihat masa sesuai. Pelaburan diperlukan untuk konten besar jadi kami perlu pastikan stesen lain memberi ruang kepada kami yang kecil,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu dakwaan gagal membuat pembayaran gaji pekerja, AC juga memilih menyelesaikan perkara itu di mahkamah bagi membersihkan nama baiknya yang sudah tercemar.

“Itu sekarang dalam peringkat mahkamah, kami sedang saling menyaman dan saya serahkan kepada pihak peguam.

“Urusan itu juga akan berjalan selepas raya, memang tiada perjumpaan luar kerana saya lebih suka selesaikan di mahkamah,” katanya.

Tahun lalu, seorang personaliti TV mendedahkan gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen masih lagi tidak dilunaskan.

Bukan hanya berdepan isu pembayaran gaji tetapi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut tertunggak.

Lebih malang, kontraknya ditamatkan lebih awal iaitu pada Ogos 2024 dan masih belum menerima gaji terakhirnya.

Susulan itu, AC tampil dalam satu kenyataan memberitahu, dakwaan buruk dilemparkan terhadap stesen itu merupakan satu fitnah dan dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

 

 

 

 

Sumber – UTUSAN

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img