spot_img

‘Kem Lim’ tewas dipemilihan DAP

spot_img

Bukit Mertajam 17 Mac: Kewujudan apa yang dipanggil “dinasti Lim” atau “kem Lim” dalam DAP mungkin menjadi pertikaian, tetapi keputusan pemilihan parti semalam (Ahad), menunjukkan pengaruh keluarga itu terhadap DAP semakin berkurangan.

Dalam persaingan untuk jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC – central executive committee) seramai 30 orang, Lim Guan Eng menduduki tempat ke-26, manakala kakaknya Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Kewangan, tidak berjaya dan mendapat tempat ke-31.

Guan Eng juga tidak dipilih semula sebagai pengerusi DAP selepas hanya satu penggal, dan digantikan oleh Gobind Singh Deo – yang memperoleh undi terbanyak dalam pemilihan CEC.

- Advertisement -

Namun, Guan Eng dilantik juga sebagai penasihat DAP.

Sementara itu, beberapa ahli parlimen lain yang dikenali sebagai ‘ekstrem’, juga gagal dipilih ke CEC kali ini, termasuk Teresa Kok, Lim Lip Eng, dan RSN Rayer.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img